KUALA LUMPUR: Jabatan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan bagi kategori bahaya, buruk dan waspada, susulan hujan lebat berterusan dijangka berterusan di kebanyakan kawasan di Semenanjung dan Sabah.

Status amaran cuaca buruk yang dikeluarkan pada jam 4.45 pagi itu berkuat kuasa sehingga hari ini dikeluarkan untuk Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Daerah di Kelantan yang dikenal pasti mengalami hujan lebat berterusan tahap bahaya adalah Gua Musang, Kuala Krai dan Jeli, manakala di Terengganu melibatkat Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Hujan lebat berterusan juga dijangka berlaku di Pahang di daerah Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin, situasi sama dijangka berlaku di Johor melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, amaran hujan berterusan tahap buruk pula dijangka berlaku di Kelantan iaitu di daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Tanah Merah, Bachok, Machang dan Pasir Puteh serta Terengganu di daerah Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Marang.

Ini turut melibatkan negeri Pahang di daerah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Temerloh dan Bera serta Johor di daerah Segamat dan Kluang sehingga Sabtu, 1 Januari 2022.

Dalam pada itu, amaran hujan berterusan tahap waspada pula dijangka berlaku di Perlis. Kedah  di daerah Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling, Perak di daerah Hulu Perak dan Pahang di daerah Raub dan Bentong.

Ini termasuk di Johor di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru sehingga Sabtu, 1 Januari 2022.

Bagi negeri Sabah, daerah dijangka berlaku hujan berterusan pula di kawasan Pantai Barat iaitu di Ranau, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Ahad, 2 Januari 2022.