Amaran hujan lebat di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sabah

Bernama
Disember 18, 2019 03:22 MYT
Di Sabah, hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pantai barat, Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat. - Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca waspada dengan jangkaan hujan lebat berlarutan di seluruh Kelantan, Terengganu hari ini sehingga esok.
Turut mengalami cuaca yang sama dalam tempoh itu ialah beberapa daerah di Pahang dan Sabah.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pada 9.55 pagi ini memaklumkan daerah yang terlibat di Pahang ialah Jerantut, Kuantan dan Pekan.
Di Sabah pula hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pantai barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan, Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Kudat.
-- BERNAMA
#amaran #cuaca #hujan lebat #Kelantan #MetMalaysia #Pahang #Sabah #terengganu #waspada