Jabatan Meteorologi memberi amaran kemungkinan hujan lebat di antara 7 hingga 9 Januari di bahagian Pantai Timur.

Situasi tersebut dijangka menyebabkan risiko banjir di kawasan rendah.

Keadaan laut juga dijangka bergelora dan situasi ini akan menyebabkan keadaan merbahaya .

Sehubungan itu orang ramai terutamanya nelayan dinasihat supaya tidak melakukan aktiviti di laut dan lain-lain aktiviti di kawasan persisiran pantai.

Manakala mereka yang tinggal di kawasan yang sering dilanda banjir juga perlu berwaspada dengan amaran yang dikeluarkan.

Agensi-agensi kerajaan yang terlibat telah membuat persiapan dan diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kejadian banjir.