Amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara hingga 6 petang ini

Bernama
Julai 31, 2020 07:58 MYT
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, antara kawasan yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Labuan. - Gambar fail
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan seluruh negara sehingga 6 petang ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, kawasan yang dijangka terlibat ialah Perlis, Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim, dan Bandar Baharu) serta Pulau Pinang.
Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak); Limbang di Sarawak, dan Labuan.
Kawasan lain yang diramal turut terlibat di Sabah, Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort), Tawau, Sandakan dan Kudat.
-- BERNAMA
#angin kencang #cuaca buruk #hujan lebat #MetMalaysia #ribut petir