Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan seluruh negara dengan hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku sehingga 2 pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan negeri yang dijangka terlibat ialah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Labuan.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang turut dijangka mengalami cuaca yang sama ialah Perak iaitu di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim selain Pulau Langkawi, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

"Selain itu, di Kelantan kawasan yang dijangka terlibat ialah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh manakala di Terengganu melibatkan Besut, Setiu dan Kuala Nerus," menurut kenyataan itu.

Sementara itu, di Pahang kawasan yang dijangka mengalami hujan lebat dan angin kencang ialah Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Pekan dan Rompin selain Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang di Selangor.

Di Sarawak pula kawasan yang terlibat ialah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang selain Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Keningau) dan Pantai Barat (Papar) di Sabah.

-- BERNAMA