Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 12 buah negeri

Faris Danial Razi
November 11, 2022 09:48 MYT
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melibatkan 12 negeri, setakat jam 3 petang, Jumaat. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 12 negeri, setakat jam 3 petang, Jumaat.
MetMalaysia menerusi kenyataannya memaklumkan, negeri-negeri tersebut melibatkan kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Amaran itu dikeluarkan sehingga 7 malam Jumaat dan berikut senarai kawasan yang terkesan mengikut negeri:
- Kedah (Bandar Baharu)
- Pulau Pinang
- Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim)
- Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran dan Bera)
- Selangor
- WP Kuala Lumpur
- WP Putrajaya
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian)
- Sarawak: Kuching, Sarikei, Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Song dan Kapit) dan Limbang
- Sabah: Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran)

AMARAN RIBUT PETIR. #ributpetirmetmalaysia#MenangBersama#LindungDiriLindungSemua#metmalaysia pic.twitter.com/89H8ApDgky

— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) November 11, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jelas kenyataan itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
#hujan lebat #MetMalaysia #ribut petir #banjir