IPOH: Jika Majlis Perbandaran Taiping (MPT) mengenakan bayaran lesen sementara untuk penjaja dan peniaga kecil tepi jalan hanya RM15 sebulan, Majlis Bandaraya Ipoh pula hanya mengenakan RM10

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkata, kadar bayaran itu yang dimulakan sejak hujung tahun lalu, mengambil kira situasi rakyat yang sangat terkesan dengan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, pihaknya masih mengekalkan kadar bayaran itu sehingga sekarang.

“Bayaran itu ditetapkan selepas kita mengambil kira pandangan semua pihak, lebih-lebih lagi selepas rakyat terkesan dengan COVID-19,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan 300 bakul makanan kepada peniaga Memory Lane di sini hari ini.

Majlis penyampaian bantuan di bawah program MBI Prihatin itu disempurnakan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.

Mulai 1 Ogos lalu, MPT telah mengeluarkan lesen untuk penjaja dan peniaga kecil tepi jalan di kawasan Taiping dengan bayaran RM15 sebulan.

Yang Dipertuanya, Khairul Amir Mohd Zubir berkata, pemohon perlu memastikan lokasi yang dipohon sesuai dan tidak menimbulkan halangan lalulintas serta kacau ganggu kepada persekitaran di samping menjaga kebersihan.

Sementara itu, Nolee Ashilin ketika diminta mengulas kemungkinan untuk menyeragamkan kadar bayaran itu di seluruh Perak berkata, setakat ini belum ada cadangan untuk berbuat demikian.

“Belum ada cadangan untuk membuat penyelarasan, terpulang kepada PBT untuk menetapkan kadar bayaran mengikut kesesuaian masing-masing