Memasak nasi ayam kepada anak-anaknya merupakan memori terakhir bagi keluarga Allahyarham Koperal Dzulkhairi Ahmad yang meninggal dunia akibat dihempap pokok di Jalan Bellfield, Kampung Attap disini malam tadi.
Hidangan tengah hari itu masih terpahat dalam ingatan Nur Khairyshyah Rina, 22, Khairunisha, 18, Nur Khairy Shazwana, 16, dan Dzulkarnain Dzulkhairi, 11, sebelum bapa mereka keluar bertugas pada 2 petang semalam.
"Ia satu kemalangan yang tidak kami jangka dan masih terkejut dengan pemergian ayah," kata Nur Khairyshyah Rina, pelajar kolej swasta.
Bapa mereka bersama seorang lagi rakan maut apabila sebatang pokok besar tumbang dan menghempap mereka ketika berada di dalam sebuah kontena yang dijadikan tempat simpanan barang kes sewaktu hujan lebat.
Dzulkhairi, 48, meninggal dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur sementara KonstabelMohdSharil HishamHashamdi, 25, meninggal di tempat kejadian.
Dzulkhairi dari Banting, Selangor, meninggalkan isteri dan empat orang anak.
Adik ipar Dzulkhairi, Shaiful Nordin,42, menyifatkan arwah sebagai seorang yang rajin dan suka memasak.
"Dia seorang yang berkebolehan memasak dan ringan tulang untuk menjamu sanak saudara dengan masakannya," katanya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainol Samah berkata jenazah dua anggota itu akan dikebumikan di kampung halaman masing-masing.
"Jenazah Allahyarham Koperal Dzulkhairi akan dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kerinchi, Desa Aman di sini sementara jenazah Allahyarham Mohd Sharil akan dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk diterbangkan ke Tambunan, Sabah dan dijangka sampai kira-kira jam 4 petang hari ini," katanya.
Bernama
Mon Oct 13 2014
Hidangan tengah hari itu masih terpahat dalam ingatan isteri (gambar) dan anak-anak Allahyarham Dzulkhairi
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Anak-anak terkenang hidangan nasi ayam Koperal Dzulkhairi
Memasak nasi ayam merupakan memori terakhir bagi keluarga Allahyarham Koperal Dzulkhairi Ahmad yang meninggal dunia akibat dihempap pokok.