LAHAD DATU: Seekor anak gajah mati akibat dilanggar sebuah kereta  dalam satu kemalangan di Kilometer 13 Jalan Lahad Datu-Sandakan, pada awal pagi Sabtu.

Pegawai Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu, Sylvester Saimin memaklumkan anak gajah Itu mati di lokasi kejadian kira-kira jam 2.15 pagi.

Bagaimanapun, pemandu kereta iaitu seorang lelaki rakyat tempatan, tidak mengalami kecederaan namun kereta Perodua Viva yang dipandunya rosak di bahagian hadapan kereta.

Dalam kejadian itu, anak gajah berkenaan dikatakan sedang melintas secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu kenderaan terbabit tidak dapat mengelak lalu melanggar haiwan liar tersebut.

Menurut Syelvester, pihakya telah melakukan post-mortem, kemudian menanam bangkai anak gajah berkenaan, pada Sabtu.