"Anak hang dah selamat mandi darah."
Itu jeritan terakhir didengar seorang ibu, Noorhasyelawati Yusoff, 37 tahun, selepas suspek memasuki rumahnya dan mengelar dua anaknya yang sedang tidur di dalam bilik di Kampung Tengah Jalan Kuala Sungai Yan, Kedah, lewat malam tadi.
Dalam kejadian 11.45 malam itu mangsa, Nurul Hanim Idris, 5 tahun, dan adiknya Mohammad Hafiz, setahun, sedang tidur di dalam bilik.
Menceritakan detik ketika kejadian, Noorhasyelawati bersama dua anaknya sedang tidur, tiba-tiba mendengar jeritan seorang lelaki memanggil nama suaminya, Idris Saad.
BACA: 'Tiada lagi gelak tawa Angah'
Tidak lama kemudian abang iparnya, Sobri saad, 52 tahun, turun dari tingkat atas rumah lalu membuka pintu.
Sebaik pintu dibuka, suspek bertindak melibas parang mengenai pipi kiri Sobri.
Sobri kemudian lari menyelamatkan diri dan pada masa yang sama suspek masuk ke dalam rumah dan cuba menikam Noorhasyelawati, bagaimanapun tersasar.
''Dia menghampiri saya dan terus menikam ke arah perut tetapi nasib baik terkena tirai.
''Kemudian suspek terus masuk ke bilik, menuju ke katil tempat anak tidur,'' katanya yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan apa yang berlaku.
Menurutnya, tidak lama selepas itu, dia terdengar suspek menjerit mengatakan anaknya sudah bermandi darah.
''Saya terus lari pergi rumah kakak untuk minta tolong... tengok apa dia (suspek) buat dekat semua anak saya,'' tambahnya.
Noorhasyelawati hanya tergamam sebaik kembali ke rumah dan melihat kedua-dua anaknya terbujur kaku berlumuran darah.
Sementara itu, menurut Ketua Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Faridalathrash Wahid, suspek berjaya ditangkap orang kampung sebelum diserahkan kepada polis.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.
Adie Sufian Zulkefli
Wed Jan 09 2019
Nurul Hanim dan Mohammad Hafiz dibunuh dengan kejam oleh suspek ketika sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Yan, Kedah. - Astro AWANI
Rasuah: Kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari
Seorang kakitangan Pejabat Perikanan Perlis direman empat hari untuk membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah secara bulanan daripada sebuah syarikat.
28,531 calon UPKK 2023 raih 8A
28,531 daripada 230,580 calon yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2023 berjaya catat keputusan cemerlang A dalam kesemua lapan mata pelajaran.
Dua individu ditahan bantu siasatan minta, terima sogokan daripada firma guaman
SPRM menahan dua individu selama empat hari bagi membantu siasatan berkaitan penerimaan wang suapan daripada beberapa firma guaman.
Operasi PeWA: JPJ Pulau Pinang sita 22 kenderaan, keluar 63 saman
JPJ Pulau Pinang menyita 22 kenderaan yang dipandu warga asing dalam Ops Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) di Bulatan Tun Hussain Onn, Seberang Jaya.
Lisa BLACKPINK beli rumah ‘tersorok’ di Beverly Hills, harga RM19 juta
Tidak ada yang mengejutkan apabila Lisa BLACKPINK telah menambah satu lagi aset berbentuk kediaman.
Stoking tertera kalimah Allah: Hukuman penjara, denda terhadap Wai Loong dibatalkan
Hakim membenarkan semakan difailkan tertuduh supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.
[TERKINI] Letusan Gunung Ruang: Indonesia keluar amaran tahap tertinggi
Pihak berkuasa Indonesia meningkatkan amaran keselamatan ke tahap tertinggi selepas Gunung Ruang yang meletus beberapa kali di Kepulauan Sangihe kelmarin, mengeluarkan asap setinggi lebih 1.6 kilometer (km) sehingga memaksa ratusan penduduk dipindahkan.
Mengenang sumbangan dan jasa Joseph Kurup
Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah, Dr Romzi Ationg berkongsi pandangan dan memperingati sumbangan dan jasa mendiang Joseph Kurup.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas kepada Al Hilal.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut ialah berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 4 Jun 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mac 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 2 Februari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Januari 2023.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 30 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 29 Oktober 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 14 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 13 September 2022.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 September 2022.