PUTRAJAYA: Anak bekas Menteri Pertahanan Mohamad Sabu, kekal dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan penyalahgunaan dadah.

Keputusan itu dibuat tiga panel Hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan oleh Datuk Kamaludin Md Said selepas menolak rayuan pihak pendakwaan terhadap Ahmad Saiful Islam, 34, pada Jumaat.

Dalam keputusan itu, Kamaludin berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan perayu (pendakwaan) bahawa Hakim Mahkamah Tinggi tersalah arah ketika membuat keputusan melepas dan membebaskan responden.