Anak Najib menang Ketua UMNO Bahagian Langkawi

Astro Awani
Mac 19, 2023 10:02 MYT
Mohd Nazifuddin adalah antara tujuh ketua bahagian baharu di negeri itu yang menang dalam pemilihan kali ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin, memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Langkawi dalam pertembungan dua penjuru pada Pemilihan UMNO sesi 2023-2026, semalam.
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Arifin Man, berkata Mohd Nazifuddin adalah antara tujuh ketua bahagian baharu di negeri itu yang menang dalam pemilihan kali ini.
Mohd Nazifuddin memenangi jawatan itu selepas menewaskan pencabarnya yang juga bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Langkawi, Nor Saidi Nanyan.
Mohd Nazifuddin yang sebelum ini turut menawarkan diri bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO, tewas selepas jawatan itu dimenangi Mohd Hairi Mad Shah minggu lalu.
BACA: Pemilihan UMNO: Anak 'Bossku' bertanding Ketua UMNO Langkawi
#Pemilihan UMNO #anak najib razak #Mohd Nazifuddin #Ketua UMNO Bahagian Langkawi