Kemelut pencerobohan yang berlaku di Sabah merupakan tiket utama kepada kerajaan Barisan Nasional untuk menawan hati penduduk Sabah dan memperoleh undian mereka sekaligus meraih kemenangan di negeri tersebut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Selepas PRU13, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Inovasi Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Zaini Othman (video) memberikan pandangan beliau mengenai keputusan tersebut di Sabah.

Antara reaksi beliau adalah berkenaan pengundi itu sendiri dan semangat kebangsaan penduduk Sabah yang berbilang kaum.