KUALA LUMPUR : Seorang warga Britain, Angela Glover ditemui maut selepas cuba menyelamatkan anjing-anjing miliknya ketika tsunami melanda Tonga akibat letusan gunung berapi sejak minggu lalu.

Memetik laporan BBC, jasad Angela ditemui oleh suaminya, James Glover.

Menurutnya, Angela yang terkenal dengan sifat penyayangnya terhadap haiwan terbiar sehingga mengasaskan Tongan Animal Welfare Society, telah menyediakan tempat perlindungan buat haiwan terbiar seperti anjing dan kucing.

"Keluarga Angela Glover menzahirkan rasa amat berduka cita atas pemergian Angela.

"Angela, 50 tahun, telah mendiami Tonga sejak sekian lama selepas berkahwin dengan suaminya, James.

"Mereka tidak asing dengan masyarakat tempatan selain amat menyukai budaya Tonga," katanya.

Angela merupakan antara individu pertama yang ditemui maut akibat bencana yang melanda kepulauan Pasifik berkenaan.

Suaminya ketika kejadian sempat menyelamatkan diri dengan memanjat pokok.