Anggota DAP harus menyalahkan penasihat parti Lim Kit Siang atas kesulitan besar yang dihadapi parti itu sekarang.
Setiausaha Akhbar Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad dalam satu kenyataan hari ini berkata diktator selama setengah abad parti itu Lim, melakukan apa yang seorang diktator lakukan dengan menyalahkan orang lain, menimbulkan kebencian dan enggan memikul tanggungjawab atas salah laku beliau.
"Anggota DAP sendiri yang membuat aduan kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) berhubung ketidakteraturan yang serius dan layanan tidak adil dalam pemilihan parti. Jadi, mengapakah diktator DAP itu tidak meminta ahli-ahlinya untuk menarik balik aduan kepada RoS? Jika mereka tidak teruk dizalimi, pasti mereka akan menarik balik aduan?" katanya.
Menurut Tengku Sariffuddin, hakikatnya ialah diktator DAP itu yang secara tidak langsung yang mengesahkan pemilihan parti yang dijalankan secara tidak adil pada 2012 dan pemilihan semula pada 2013 dan membenarkan penganiayaan ke atas 753 perwakilan yang tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam pemilihan - pencabulan serius hak demokrasi mereka.
"Beliau sendiri yang membenarkan layanan buruk ke atas kebanyakan daripada 865 cawangan DAP. Jadi mengapa beliau kini menyalahkan UMNO dan RoS atas percubaan untuk memanipulasi pemilihan DAP yang memihak kepada keluarganya?" kata beliau.
Tengku Sariffuddin juga berkata anggota DAP harus ingat bahawa RoS tidak mengiktiraf kesahihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu kerana aduan yang dibuat terhadap pemimpin DAP kerana menjalankan pemilihan parti secara tidak adil dan tidak demokratik.
Oleh kerana perkara ini belum diselesaikan, beliau berkata masa depan anak Kit Siang, Penang Official No 1, Lim Guan Eng adalah diragui.
"Ini kerana selain pertuduhan rasuah yang dihadapinya, pemilihan CEC yang mengangkatnya ke jawatan Setiausaha Agung DAP adalah tidak sah. Dan penggunaan logo roket oleh DAP juga menimbulkan keraguan.
"Ini adalah kesulitan serius yang dihadapi DAP - tetapi diktator lama setengah abad parti itu yang menjadi punca nasib malang yang melanda DAP. Beliau mendakwa percaya kepada demokrasi tetapi apabila diberi kuasa, diktator tidak boleh membantu tetapi menunjukkan belangnya yang sebenar. Inilah masa depan malang yang dihadapi oleh rakyat jika pembangkang yang dipimpin DAP mengambil alih kuasa ke atas Malaysia," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 04 2017
Menurut Sariffuddin, anggota DAP harus menyalahkan penasihat parti Lim Kit Siang atas kesulitan besar yang dihadapi parti itu sekarang.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
"Becoming Hannah" tidak pernah diharamkan KDN - Hannah
Hannah Yeoh memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bukunya berjudul "Becoming Hannah: A Personal Journey," telah dicetak 18 kali dan tidak pernah diharamkan oleh KDN.
ADUN Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua DAPSY 2024-2027
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar Woo Kah Leong dipilih Ketua Jawatankuasa Eksekutif Kebangsaan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) bagi tempoh 2024-2027.
Perselisihan tidak gambarkan seluruh situasi gabungan dalam Kerajaan - Loke
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, berkata dalam mana-mana gabungan dan kerjasama politik, pasti wujud perselisihan antara individu.
SPRM nafi keluar kenyataan penemuan RM94 juta di kediaman bekas menteri
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menafikan membuat kenyataan yang mendakwa bahawa RM94 juta ditemui di kediaman bekas menteri.
'Serangan politik kotor, mahu lagakan kami dalam DAP' - Young Syefura
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menafikan rakaman suara yang tersebar dalam menerusi satu video di laman sosial Facebook seorang pemimpin parti pembangkang adalah diri beliau.
DAP tidak pernah cadang Kerajaan Perpaduan, selesa sebagai pengimbang di Johor - Loke
DAP tidak pernah mencadangkan agar Kerajaan Perpaduan ditubuhkan di Johor, sebaliknya parti itu selesa memainkan peranan sebagai pengimbang di negeri itu.
Dr Akmal tampil beri keterangan kepada polis, tidak gentar diheret ke mahkamah
Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin berkaitan laporan polis yang dibuat DAP Sarawak pada 12 Sept.
Steven Sim Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu
Bekas Naib Pengerusi DAP, Steven Sim Chee Keong menepati ramalan apabila dipilih menjadi Pengerusi DAP Pulau Pinang baharu pada pemilihan parti itu hari ini.
Kon Yeow seru kepimpinan baharu DAP P.Pinang kekal bersatu, utama kepentingan parti dan rakyat
Beliau mengucapkan terima kasih kepada parti dan perwakilan atas sokongan selama 25 tahun, serta menekankan kejayaan DAP dalam meningkatkan jumlah cawangan dan sokongan rakyat.