Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang semalam mengetepikan agenda politik masing-masing untuk sepakat menyokong usul mengecam sekeras-kerasnya serangan ketenteraan Israel ke atas
wilayah Palestin di Gaza.
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan supaya Dewan Rakyat menggesa Amerika Syarikat mengambil pendirian yang lebih wajar dan adil untuk bertindak menahan Israel daripada terus melakukan kezaliman dan pembunuhan termasuk terhadap wanita dan kanak-kanak.
Katanya ini kerana beliau tidak percaya bahawa Israel mampu berbuat demikian dan tidak mungkin berani bertindak tanpa restu atau persetujuan Amerika Syarikat.
Beliau turut bersetuju usul itu, yang menggesa supaya sidang khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) diadakan, walaupun mengetahui keputusan yang pernah dibuat Majlis Keselamatan sebelum ini tidak dipatuhi Israel.
"Kita tahu ada usul PBB yang diluluskan yang juga diketepikan Israel.
Ini ada kaitannya dengan kedegilan dan kerakusan serta kezaliman mereka yang secara langsung atau tidak langsung mendapat muafakat dan persetujuan Amerika Syarikat," katanya.
Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) berkata PBB wajar bertindak lebih serius kerana setakat ini, tiada tindakan yang boleh membela dan menjamin hak rakyat Palestin.
Malah, katanya, rakyat Palestin terus berada dalam ketakutan dan kebimbangan sedangkan negara lain dalam keadaan aman dan harmoni.
Beliau berkata kenyataan Amerika Syarikat selaku rakan kongsi Israel yang telah menyatakan sokongannya atas alasan untuk membasmi pengganas dan membela diri, sebagai kenyataan yang tidak adil.
"Kita harus memaparkan bahawa persoalan ini adalah persoalan sejagat yang melampaui batasan agama yang harus diambil tindakan oleh semua pihak.
P. Kamalanathan (BN-Hulu Selangor) yang menyokong usul itu bagi pihak MIC berkata kekejaman Israel mesti ditamatkan segera demi menghormati hak kemanusiaan sejagat.
Katanya Malaysia perlu bersatu hati dan bermuafakat menyarankan kepada Majlis Keselamatan PBB supaya bertindak tegas dan mengarahkan Israel menghentikan serangan maut serta-merta termasuk proses genjatan senjata.
"Presiden Amerika Syarikat yang berada di Myanmar semalam menyatakan tentang kebebasan dan masa depan tetapi malangnya tidak sentuh langsung tentang kematian orang awam di Gaza.
"Kita harus menyeru masyarakat dunia termasuk Presiden Amerika Syarikat sekali lagi bertindak tegas, mendukung kukuh panji-panji keamanan, dengan mendorong semua negara khususnya kuasa Barat bersama-sama mengutuk peristiwa berdarah ini," katanya.
Teng Boon Soon (BN-Tebrau) berkata MCA berasa amat kesal PBB khususnya Majlis Keselamatannya gagal memainkan peranan untuk menyelesaikan persengketaan di wilayah Gaza yang sudah berterusan begitu lama.
"Kita maklum bahawa penyelesaian isu Palestin hanya dapat dicapai melalui rundingan komprehensif antara Israel dan Palestin serta kuasa-kuasa besar dalam
Majlis Keselamatan PBB untuk memainkan peranan masing-masing dengan adil demi kepentingan rakyat Palestin," katanya.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang menyokong usul yang dibentangkan atas semangat kemanusiaan sejagat, yakin Israel tetap tidak menghormati segala keputusan masyarakat antarabangsa sama ada PBB atau Majlis
Keselamatan kerana mereka tidak menghormati keputusan yang telah lalu, sekarang dan akan datang.
"Saya yakin mereka tidak menghormati keputusan itu, sebabnya kerana dilindungi kuasa besar dunia, khususnya Amerika Syarikat yang akan terus menerus memberi kuasa veto kepada segala keputusan yang dibuat. Kuasa veto yang merupakan kezaliman yang masih ada dalam masyarakat antarabangsa yang perlu
dihapuskan," katanya.
Penasihat DAP Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) berkata keadaan yang sedang berlaku di Gaza adalah satu kemungkaran yang amat kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila rejim Israel melancarkan serangan udara secara bertubi-tubi ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Katanya DAP menyokong jalan penyelesaian bilateral melalui PBB walaupun amat kecewa dengan tindakan Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang lekas membela rejim Israel dengan menyatakan Israel mempunyai hak untuk mempertahan diri.
Bernama
Wed Nov 21 2012
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
UNICEF gesa tindakan segera ketika kanak-kanak di Gaza terus jadi mangsa
UNICEF menyeru tindakan segera pada lewat Jumaat ketika kanak-kanak di Semenanjung Gaza terus menghadapi pertumpahan darah setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
37 rakyat Palestin maut dalam serangan udara di Gaza
Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Perhimpunan Agung PBB tuntut gencatan senjata segera dan tanpa syarat di Gaza
Resolusi yang turut menekankan keperluan akses kemanusiaan segera, diluluskan dengan sokongan 158 undi, sembilan undi menentang dan 13 berkecuali.
UNRWA seru masa depan adil, bermaruah untuk rakyat Gaza
Ini termasuk hak pendidikan untuk 600,000 kanak-kanak Gaza yang terpaksa berhenti sekolah.
Netanyahu beri keterangan di mahkamah kes rasuah, pecah amanah
Netanyahu didakwa menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawannya, serta meminta kelonggaran penguatkuasaan bagi beberapa syarikat media.
Qatar sambung usaha pengantaraan gencatan senjata Gaza selepas jeda sebulan
Sheikh Mohammed menegaskan, keputusan Qatar kembali ke meja rundingan didorong oleh momentum baharu, terutamanya selepas pemilihan Presiden AS.
Penduduk Gaza hampir tidak dikenali akibat luka terbakar
Keadaan bertambah buruk apabila rawatan diperlukan mangsa juga tidak dapat diberikan akibat kesesakan di hospital dan fasiliti kesihatan.
Koridor kemanusiaan di Gaza perlu dibuka segera
Pembukaan semula koridor pemindahan adalah penting bagi membolehkan pihaknya menyediakan rawatan penting.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).