Angin kuat, siling Plaza Tol Bukit Raja runtuh

Astro Awani
Ogos 24, 2018 14:53 MYT
Insiden itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kedua arah yang bermula sekitar 9.30 malam. - Foto Bernama
Beberapa bahagian siling di Plaza Tol Bukit Raja, Klang telah runtuh akibat ribut kuat, sebentar tadi.
PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi Astro AWANI memberitahu, pihaknya menerima maklumat bahawa bumbung di tol Lebuh Raya Bukit Raja telah roboh ditiup angin kencang.
Menurut PLUS lagi, insiden itu telah mengakibatkan kesesakan lalu lintas di kedua arah yang bermula sekitar 9.45 malam.
Difahamkan, kesesakan teruk juga dilaporkan berlaku dari arah Shah Alam.
PLUS dalam tweet terbaharunya bagaimanapun memaklumkan, insiden telah selesai sepenuhnya dan trafik mula lancar.
Sementara itu, PLUS turut memaklumkan bahawa Plaza Tol Bukit Raja telah ditutup sementara kepada semua kenderaan.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, pihak PLUS memberitahu, pada ketika ini tiga lorong keluar telah dibuka kepada orang ramai mulai jam 10:40 malam.
"Lorong-lorong lain akan dibuka secara berperingkat. Siasatan awal PLUS mendapati tiada kecederaan dilaporkan sama ada melibatkan kakitangan atau pengguna lebuh raya di plaza tol terbabit.
"Pada ketika ini, pihak PLUS sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan dan pemeriksaan di plaza tol terbabit," kata kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, pihak PLUS turut menasihatkan orang ramai supaya mengikuti perkhidmatan Twitter PLUSTrafik untuk maklumat trafik terkini di Plaza Tol Bukit Raja.

2200hrs Insiden melibatkan Tol Bukit Raja mengalami kerosakan. Sila guna laluan alternatif keluar di plaza tol berdekatan. Trafik sesak di kedua arah.@LLMinfotrafik

— plusline1800880000 (@plustrafik) August 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

2232hrs Status terkini, insiden selesai sepenuhnya. Trafik lancar. Pandu berhati - hati.@LLMinfotrafik https://t.co/3DrAdYWJ5B

— plusline1800880000 (@plustrafik) August 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Netizen turut berkongsi beberapa gambar dan video mengenai kejadian berkenaan.

Tol bukit raja ditutup kedua dua arah akibat dipukul ribut pic.twitter.com/5cTO7e2hSz

— (@NurAminn_) August 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Setia alam angin kuat sangat sampai tol bukit raja runtuh. pic.twitter.com/TTSZQFcmje

— Zallisya Musadad (@zallisyamusadad) August 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Tol bukit Raja runtuh akibat angin kencang.. pic.twitter.com/DmdSor3T1L

— ihafiy (@ihafiylitlit) August 24, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#plaza tol #Plaza Tol Bukit Raja #PLUS Malaysia #roboh #runtuh #siling