KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa meminta penggiat seni termasuk artis supaya tidak bersifat mementingkan diri sendiri dan enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19 kerana kerjaya mereka melibatkan pergaulan dengan ramai pihak.
Beliau berkata perbuatan seperti itu mungkin boleh memuaskan hati sendiri tetapi membahayakan orang lain serta tidak adil kepada mereka yang telah bersusah payah mengambil vaksin.
"Nasihat saya kepada semua, tidak kira siapa, kita mesti lihat apa yang sedang berlaku secara global iaitu bahawasanya jalan yang baik dan selamat adalah dengan mengambil vaksin.
"Memang kerajaan tidak boleh paksa tetapi kerajaan menyediakan kemudahan dan diberi percuma. Jadi saya berharap mereka yang melibatkan diri dalam aktiviti melibatkan orang lain turut mengambil kira keselamatan dan juga perasaan orang lain," katanya.
Annuar berkata demikian kepada pemberita selepas melawat lokasi penggambaran telemovie 'Cikgu vs Hantu' di Dewan Seri Temuan, Damansara Perdana di sini hari ini ketika mengulas tindakan segelintir artis yang enggan menerima vaksin sehingga mengundang rasa kurang senang penggiat seni lain yang sudah berbuat demikian.
Beliau juga gembira melihat aktiviti seni seperti penggambaran kembali aktif selepas kerajaan memberi kelonggaran untuk industri itu beroperasi semula pada 7 Sept lepas.
"Berdasarkan pemerhatian tadi, saya tidak nampak sebarang perkara yang membimbangkan kerana proses penggambaran dilaksanakan mengikut SOP (prosedur operasi standard) dan harap ia diteruskan.
"Saya juga diberitahu bahawa terdapat lebih 100 penerbit sudah memohon permit penggambaran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan ertinya industri ini sudah bergerak semula dan keputusan kita membenarkan penggambaran adalah betul," katanya.
Ditanya apa yang boleh diharapkan oleh rakyat menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang dibentang Isnin ini, Annuar berkata ia akan menjadi pemangkin untuk kerajaan menjayakan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebaik-baiknya bagi memulihkan ekonomi negara.
"RMK12 bakal menggariskan rancangan semua kementerian bagi menjayakan PPN yang secara umumnya terkait dengan COVID-19.
"Program yang diatur ini adalah pemangkin yang mesti digerakkan supaya ia (RMK12) bukan hanya mengenai soal pengumuman malah turut menunjukkan betapa perlunya satu pelaksanaan menyeluruh dan bersungguh-sungguh supaya ekonomi kita kembali normal dan melonjak ke tahap lebih tinggi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 25 2021
Tan Sri Annuar Musa berkata, perbuatan seperti itu mungkin boleh memuaskan hati sendiri tetapi membahayakan orang lain. - Gambar fail
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.
AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei
Langkah serupa turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki Amerika Syarikat melalui pelabuhan darat dan terminal feri.
COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.
Vietnam kemas kini pemakaian pelitup muka di tempat awam susulan kes COVID-19 meningkat
Hanoi mengemas kini panduan COVID-19 dengan meminta orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam ketika jumlah jangkitan COVID-19 meningkat, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan pada Rabu.
Lubnan lancar kempen vaksinasi untuk tangani taun
Wabak taun yang berlaku ketika ini mencerminkan kemerosotan ekonomi dan akses yang lemah kepada air bersih dan perkhidmatan sanitasi.
Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak
Bulan lepas, tiga kanak-kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.
Cacar monyet: Itali mulakan kempen vaksinasi
Perangkaan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan, Itali melaporkan 545 kes cacar monyet.
COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.
Thailand mansuh pendaftaran pra-ketibaan
Mulai 1 Julai, pengembara tidak perlu lagi memohon Pas Thailand dan membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu.