TULISAN ini dimulakan dengan satu pertanyaan. Kita jujur saja, apa yang kita ingat tentang Singapura? Kalau saya, apa yang paling melekat ialah lagu Majulah Singapura gubahan Zubir Zaid pada 1958. Lagu sembilan rangkap seperti pantun itu lima kali menyebut Singapura. Bukan kerana banyaknya disebut Singapura, maka lagu itu diingati, sebaliknya tajuk lagu itu sendiri menjadi terjemahan apa yang dialami kini oleh Singapura iaitu maju.
Semasa di sekolah rendah, saya ada mengikuti lawatan ke Singapura. Sehingga kini, walaupun lebih 30 tahun berlalu, saya masih ingat imej yang melambangkan Singapura, yang kemudiannya disebut ikon. Lambang itu ialah Singa, yang juga dikaitkan dengan nama Singapura itu sendiri. Memasuki sekolah menengah dan universiti saya membesar dengan sejarah negara seberang tambak ini. Lebih banyak digali, lebih melimpah maklumat diperoleh, namun tidak pernah lari daripada dikaitkan semula dengan lambang Singa dan kemajuannya. Sebagai contoh, dalam catatan C.M. Turnbull, A History of Singapore 1819-1988 ada memperincikan tentang kisah haiwan yang ditemukan Sang Nila Utama semasa bersiar-siar di tepi pantai. Catatan itu seterusnya ada menyebut “Kota Singa” diyakini maju dan dilimpahi ekonomi satu hari nanti.
Namun, bukan itu sahaja yang diingati kerana Singapura. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, Singapura dikenali kerana kisah rakyat dan sejarahnya, sebagai contoh Hang Nadim; Singapura Dilanggar Todak atau setidak-tidaknya lokasi kegemilangan filem Melayu satu ketika dahulu _ Studio Jalan Ampas. Sejarah pembukaan Melaka dan kegemilangannya juga ada kaitan dengan Singapura, dikenali Temasik pada satu ketika.
Sebagai individu yang meminati sejarah khususnya Asia Tenggara, saya mengikuti perjalanan politik dan pembangunan ekonominya. Bahawa, negara kecil, yang dahulunya bersatu dalam Malaysia itu kini bangkit dengan pantas, maju lebih cepat. Ia disebabkan kestabilan politik dan penggunaan sumber yang terancang. Antara petunjuk kemajuan itu termasuk, Singapura berkongsi tangga pertama dalam Indeks Persepsi Rasuah bersama Denmark dan New Zealand. Malah kerenah birokrasi di Singapura juga direkodkan paling kurang. Begitu juga, ekspatriat melihat negara itu sebagai pilihan utama di kalangan negara Asia jika mereka ingin bekerja. Kebebasan pekerjaan menjadikan ia negara terbaik untuk bakat luar masuk. Singapura juga dianggap antara negara paling berinovasi. Sebagai sebuah negara yang mempunyai sumber terbatas, senarai pencapaian Singapura itu boleh dipuji. Maka dapat juga dikatakan, kalau Singapura itu orang, sudah tentu “suami” akan sedikit cemburu apabila “bekas isterinya” lebih berharta . Kita jujur sahaja akui perkara itu, kerana kita manusia.
Dalam tempoh beberapa tahun lalu, saya beberapa kali melawat Singapura. Sebab kunjungan itu ada pelbagai. Antaranya, mendapat undangan seorang rakan, Cher Fan, yang pernah berkhidmat di Suruhanjaya Tinggi Singapura di Malaysia. Malah, semasa Ramadan tahun lepas dan tahun ini juga saya melawat Singapura, bagi merasai sendiri bagaimana penduduk di Kota Singa berbuka dan bersahur. Lawatan ke Singapura juga adalah kerana mahu menyudahkan satu kajian ilmiah, dan sudah pasti Perpustakaan Negara Singapura dikunjungi. Tidak seperti di Malaysia, memasuki Perpustakaan Negara Singapura seperti mengembara ke dunia ilmu tanpa batasan. Bangunan 16 tingkat itu membawa pembacanya meneroka apa sahaja _politik; sosial, hiburan, sejarah dan ketamadunan. Tetapi dalam semua lawatan itu, termasuk kekaguman saya terhadap Perpustakaan Negara Singapura (ia berpindah dari bangunan lama di Stanford Road ke Bugis Junction pada 2005) saya menyedari satu perkara. Bahawa, Singapura kini jauh berubah. Lebih maju, lebih makmur, lebih rencam. Dalam kepelbagaian sebab kekaguman itu, saya juga perasan satu perkara _bahawa, orang tidak lagi melihat Singapura kerana patung Singa “Merlion” tetapi mula ingat Singapura kerana Marina Bay Sands.
Bapa pengasas Singapura, Lee Kuan Yew dalam satu temu bual sebelum ini pernah menyuarakan bahawa republik itu perlu mencari sumber baru menambahkan pendapatannya. Maka, lahir projek litar Formula One. Projek kasino dan judi juga tumbuh walaupun selepas dibantah generasi sebelum merdeka Singapura atas faktor ia boleh mendatangkan masalah sosial. Semuanya itu berlaku di Marina Bay Sands. Maka , berduyun-duyun pelancong ke Marina Bay Sands sama ada untuk berjudi dan bersosial atau matlamat lain _ kerana tawaran Marina Bay Sands Sands merangkumi gaya hidup melambangkan status dan ekonomi. Denyut nadi Marina Bay Sands bukan sahaja kerana bangunan hotel mewah, tetapi persetujuan perniagaan dan pelaburan yang turut mengambil tempat di situ.
Pasca kemerdekaan Singapura, simbol patung ikan duyung singa, yang letaknya berhampiran jeti utama Singapura dan menghadap laut, jadi lambang untuk pelancongannya. Naskhah suntingan John Funston “Government and Politics in Southeast Asia” ada menyebut bahawa sejarah 1920-an mengaitkan lokasi itu sebagai tempat persinggahan dan berlabuhnya kapal-kapal dagang _satu tanda kemakmuran. Namun kini, abad ke-21, apa yang saya ingat dan lihat tentang Singapura semasa sekolah rendah tiada lagi. Bukan patung duyung Singa yang tiada, tetapi laut di hadapannya. Yang ada ialah tasik. Kapal juga tidak kelihatan, sebaliknya yang ada, kapal buatan, berlabuh statik di atas hotel megah di Marina Bay Sands. Tiga menara utama ada di Marina Bay Sands, pesat membangun untuk memberi pendapatan baru kepada Singapura.
Antara 10 negara ASEAN, Singapura antara negara paling maju selain Malaysia. Indonesia, dengan penduduk yang padat dan masalah ketidakstabilan politik, tidak memungkinkannya menjadi pesaing Singapura untuk muncul kuasa di rantau ini. Hanya ada Vietnam, yang menawarkan buruh murah seperti China. Namun Vietnam juga ada masalah kerana penduduknya ramai selain ideologi. Begitu juga Myanmar, walaupun selepas secara perlahan-lahan menuju ke pangkuan demokrasi, ia bergelut dengan masalah etnik, khususnya Rohingya, ia menjadikan negara Islam dunia marah kepada Myanmar. Hanya ada Brunei, tetapi politik semula jadi Brunei dan sistem pentadbirannya menyukarkan perdagangan dan pelaburan. Hanya ada Malaysia dan Singapura . Untuk menembusi perjalanan kemajuan dan pembangunan sesebuah negara, maklumat turut menjadi perkara penting perlu dititikberatkan. Lebih banyak dan lebih pantas maklumat itu lebih bagus untuk panduan sama ada pelaburan atau ekonomi. Maka, inilah cabaran kepada penyedia kandungan maklumat itu, sudah tentu media. Tulisan ini ditutup dengan pertanyaan, kalau sejarah jadi berlainan _ kalau Singapura masih dalam Malaysia _ andai ikon tidak bertukar, bagaimanakah bentuk laporan media tentang itu? Sudi-sudikan menelaah . “The Cambridge History of Southeast Asia, Volume 1” disunting Nicholas Tarling pada bab “Deconstructing Southeast Asia History” halaman 43-51 untuk sisi lain satu pandangan.
Dr Azlinariah Abdullah
Mon Jul 22 2013
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Jo-Anna Rampas pertaruh lebih dari paras rupa
Ternyata bukan paras rupa jadi sandaran. Buat calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Kiulu, Jo-Anna Sue Henley Rampas paras cantik bukan keutamaan untuk menarik undi.
Gema bantu Rohingya di Eropah
Lebih 40 wakil komuniti Rohingya di Eropah berhimpun di Oslo, Norway bagi membincangkan isu terkini membabitkan minoriti tidak diiktiraf di Myanmar itu.
Surat-surat untuk PM Israel, Benjamin Netanyahu
Azlinariah Abdullah berkongsi beberapa surat yang dinukil untuk Perdana Menteri Israel ekoran serangan-serangan ke atas Gaza.
Kebangkitan India saingi China
Azlinariah berpendapat, jika India dan Pakistan berbaik, ia petanda positif untuk pertumbuhan India dari segi ekonomi.
Mendampingi orang asli Batek
Azlinariah berharap keunikan Orang Asli di Taman Negara boleh dijadikan produk pelancongan yang menarik untuk Malaysia, sama seperti produk berasaskan membeli-belah atau pusat peranginan.
Himpunan terbesar manusia
Tiada yang lebih besar daripada penyatuan umat selain di Mekah ketika bulan Zulhijjah dan sewajarnya peluang diambil untuk memperingati falsafah di sebalik haji, Aidiladha dan korban.
Tukar persepsi terhadap pelarian
Sempena Hari Pelarian Afrika pada 20 Jun, sama-sama kita meraikan khas untuk mereka.
Mahasen gagal selesai isu Rohingya
Taufan Mahasen yang melanda Myanmar, Bangladesh dan Sri Lanka diharapkan menjadi pembuka mata konflik etnik Rohingya.
Sisi Berita Global
Kalau dahulu, medium untuk mendapatkan maklumat adalah daripada sumber akhbar. Kini ada radio, televisyen, malah Internet.