Anti-vaksin: Khairy gesa laporan dibuat terhadap pengguna Twitter @khalids

Astro Awani
Oktober 8, 2021 10:19 MYT
Khairy: "Saya telah minta laporan dibuat terhadap @khalids kepada PDRM dan MCMC atas penyebaran berita palsu berkenaan vaksinasi COVID-19. Enough lies.- - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin telah meminta laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) dibuat terhadap seorang pengguna laman sosial Twitter atas penyebaran berita palsu berhubung vaksin COVID-19.
“Ada masanya untuk mendidik. Namun, ada masanya untuk menguatkuasakan undang-undang,” jelas Ahli Parlimen Rembau itu menerusi Twitter.
“Saya telah minta laporan dibuat terhadap @khalids kepada PDRM dan MCMC atas penyebaran berita palsu berkenaan vaksinasi COVID-19. Enough lies.”

There is a time to educate and engage. But there is also a time to enforce the law. Saya telah minta laporan di buat terhadap @khalids kepada PDRM & MCMC atas penyebaran berita palsu berkenaan vaksinasi COVID-19. Enough lies.

— Khairy Jamaluddin (@Khairykj) October 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebelum ini, beberapa individu sudah dikenakan tindakan undang-undang selepas menyebarkan berita palsu mengenai vaksin COVID-19.

Resit untuk masa hadapan pic.twitter.com/mzLi5SFnKc

— Mong Banjang (@xliff_ixmal) October 8, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Jun lepas, seorang doktor didenda RM5,000 di Mahkamah Sesyen di Kangar, Perlis selepas mengaku bersalah atas penerbitan yang mengandungi berita tidak benar mengenai vaksin Sinovac pada April lalu.

Duduk London. Tahu semua masalah kat Malaysia. Right. Datang terus maki suruh shut up. Baca paper saja memanglah semua nampak cantik. Sekolah je pandai, jiwa mati, otak beku. Dosa riba banyak sangat. https://t.co/owyOc5zZLX

— Khalid (@khalids) October 7, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati, pengguna Twitter yang menggunakan nama @khalids telah mengaktifkan semula akaunnya kurang 24 jam selepas menyahaktifkannya pada Jumaat.
#Twitter #Khairy Jamaluddin #berita palsu #anti-vaksin