KUALA LUMPUR:Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kerajaan Perikatan Nasional (PN) kerana didakwa gagal mengawal COVID-19 di Malaysia.

Menurutnya, dengan saiz Kabinet yang besar, mengapa kerajaan masih lagi gagal untuk melaksanakan langkah terbaik bagi menangani pandemik tersebut.

Tegasnya, kerajaan sejak dari dahulu dilihat tidak konsisten terutamanya dari segi prosedur operasi standard (SOP).

“Keputusan kerajaan memantau, menguat kuasakan SOP itu kadangkala tidak konsisten. Kadangkala tegas, kadangkala lembut.

“Kadangkala masa cuti, diberi kelonggaran luar biasa dan dua minggu berikutnya, kita dapat lonjakan jumlah kes kerana kecuaian kita tetapkan keputusan yang konsisten dan tegas,” katanya dalam siaran langsung menerus Facebook rasminya pada Isnin.


PKP penuh | Jangan ambil keputusan hanya lihat faktor COVID-191887018

Dalam pada itu, mengulas surat Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) yang tular pada Ahad, Anwar berkata, saranan daripada kementerian dalam surat tersebut sepatutnya sudah dilaksanakan beberapa bulan lepas.

“Ini masalah bila ada keangkuhan kuasa, umpamanya cadangan kepakaran kesihatan dalam jawatankuasa, itu dibuat setahun yang lalu, tidak dipedulikan kerana mereka rasa mereka cukup wibawa.

“Begitu juga cadangan tentang pemusatan kawasan kluster, dibangkitkan tapi diketepikan,” ujarnya.

BACA: COVID-19: Ekonomi mungkin ditutup jika kes tidak turun - Surat EuroCham

BACA: Isu PKP penuh hanyalah perbincangan tidak rasmi dengan MITI - EuroCham

Begitupun, beliau mengakui ada beberapa langkah positif diambil kerajaan namun disebabkan tiada kenyataan yang jelas dan tegas, ia membuatkan rakyat berasa resah.