Kegagalan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 pada Isnin membuktikan nasib seseorang individu yang tidak semestinya sentiasa di puncak kegemilangan dan diterima rakyat.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, keputusan Komisioner Jeneral Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar yang menafikan kehadiran Anwar merupakan kemungkinan yang harus dihadapi semua.
"Saya terbaca status Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang hadir sidang kali ini sebagai ahli parlmen bebas.
"Walaupun dia duduk di belakang, sekurang-kurangnya dia layak untuk hadir.
Kita harus bersyukur dengan nikmat Tuhan, ketentuan hidup manusia ini seperti roda, sekejap di atas, sekejap di bawah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Bung Mokhtar mengulas status Facebook Abdul Khalid yang menyatakan kesyukuran kerana dapat hadir ke sidang Parlimen walaupun ditempatkan di kerusi belakang.
Abdul Khalid turut berdoa dapat diberi kekuatan dan perlindungan untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
Status Facebook Abdul Khalid yang dikatakan menyindir Anwar kerana permohonannya ke Parlimen ditolak Jabatan Penjara - Gambar Facebook
Status itu dikatakan sindiran kepada Anwar yang gagal menghadiri sidang Parlimen walaupun Anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, dan Tetuan Daim & Gamany sudah menghantar permohonan bagi membolehkannya menghadiri sesi pertama sidang Parlimen tahun ini dari 9 Mac hingga 9 April.
Kata Bung Mokhtar, walaupun status Abdul Khalid disifatkan sinis, ia harus diterima Anwar dengan hati terbuka.
"Sekurang-kurangnya Abdul Khalid berjaya ke Parlimen, walupun duduk di belakang, ini realiti yang harus diterima Anwar," ujarnya.
Anwar ditahan di Penjara Sungai Buloh selepas Mahkamah Persekutuan pada 10 Feb lepas menolak rayuan terakhirnya dan mengekalkan hukuman penjara kerana meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.
Wan Syamsul Amly
Tue Mar 10 2015
BUNG MOKHTAR: Gagal ke Palimen: Anwar, hidup kita ini macam roda - Bung Mokhtar
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
'Kes saman Abdul Khalid dan Saifuddin selesai luar mahkamah' - Rafizi
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail bersetuju menyelesaikan kes saman mereka di luar mahkamah.
Saman fitnah: Khir Toyo mohon maaf kepada Abdul Khalid
Kes saman membabitkan dua bekas Menteri Besar Selangor selesai secara baik hari ini selepas Dr Mohamad Khir Toyo memohon maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Mahkamah Tinggi di sini.
Anwar, hidup kita ini macam roda - Bung Mokhtar
Kegagalan Anwar menghadiri sesi Mesyuarat Pertama, Penggal Ketiga Parlimen ke-13 pada Isnin membuktikan nasib seseorang individu yang tidak semestinya sentiasa di puncak.
Khalid sedia disiasat isu bayaran RM2.6 juta kepada bekas staf PMB
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengalu-alukan siasatan ke atasnya berhubung isu wang pampasan RM2.6 juta yang diagihkan kepada lapan bekas kakitangan PMB.
Khalid Ibrahim akan jumpa Majlis Dewan Diraja Selangor Isnin
Abdul Khalid dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat dengan Majlis tersebut selesai.
BN ada peluang kalau Khalid bubar DUN - Noh
BN dilihat mempunyai peluang untuk menakluk semula negeri selangor seandainya krisis pertukaran menteri besar berlarutan sehingga berlaku pembubaran DUN.
Isu MB Selangor: Akar umbi KEADILAN sokong Wan Azizah jadi MB
Ketua-Ketua Cabang KEADILAN Selangor serta anggota-anggotanya mengumumkan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi terhadap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Isu MB Selangor: Bubar DUN hanya rugi duit kerajaan - Syed Ali
Keputusan meminta semula mandat rakyat Negeri Selangor dengan tindakan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dilihat hanya merugikan masa dan kewangan kerajaan.
Perlantikan MB perlu patuhi undang-undang tubuh kerajaan negeri - Abdul Khalid
MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menghormati keputusan PKR yang mencalonkan Presiden Keadilan, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu.
Abdul Khalid dijangka 'turun' lepas raya, paling lewat September
Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dikatakan tetap akan melepaskan jawatannya selepas Hari Raya Aidilfitri ini atau selewat-lewatnya September depan.