KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau terbuka menerima setiap teguran, dan akan memberikan penjelasan berhubung pelantikan Nurul Izzah selaku Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan kepadanya.
Menegaskan sekali lagi bahawa pelantikan itu dibuat tanpa sebarang bayaran, Anwar berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur.
"Saya terima baik teguran. Saya jelaskan, itu berbeda dengan pengalaman yang lalu yang biasanya semua lantikan akan melibatkan soal upah dan ganjaran.
"Dia (Nurul Izzah) datang untuk bantu. Itu sahaja, bukan untuk ambil projek," katanya kepada pemberita selepas Majlis Anugerah Sukan Negara 2021 di sini hari ini.
Perdana Menteri turut mempersoalkan pihak yang mengkritik beliau yang menurut Anwar, mereka juga tidak mengamalkan pentadbiran yang telus, malah memberikan kontrak dan tender bernilai jutaan ringgit kepada ahli keluarga mereka.
BACA: Nurul Izzah dilantik Penasihat Kanan Ekonomi dan Kewangan PM
"Sebab itu saya kata sedia terima teguran. Jika ikhlas saya tiada masalah kerana saya komited memastikan supaya tiada amalan tidak sihat berlaku dalam pentadbiran kerajaan," katanya.
Mengulas kritikan mengenai amalan nepotisme di sebalik pelantikan anaknya itu, Anwar menjelaskan perkara itu berlaku jika seseorang diberi jawatan untuk tujuan menyalahguna kuasa, memperkayakan diri, menambah kontrak dan mahu mendapat upah yang tinggi.
Sementara itu mengulas mengenai kedudukan terbaru Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia yang terus merosot untuk tempoh tiga tahun hingga 2022, Perdana Menteri berkata beliau yakin rekod itu akan dipulihkan dan berubah menjelang tahun depan.
Anwar berkata untuk itu, Kerajaan Perpaduan di bawah pentadbirannya telah memberi mesej jelas bahawa tidak akan bertolak ansur dan bertindak tegas dalam soal melibatkan rasuah dan salah guna kuasa.
"Kerajaan ini masih baharu...kita ikhlas serta fokus dalam tindakan menentang rasuah dan dalam hal ini saya memberi dukungan penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjalankan tugas mereka," katanya.
Menurut laporan Transparency International (TI), Malaysia dilaporkan berada di kedudukan ke-61 dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2022 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga ke-62 pada 2021, dengan skor Malaysia juga jatuh satu mata iaitu daripada 48 mata pada 2021 kepada 47 mata pada 2022.
Bernama
Tue Jan 31 2023
Anwar berkata beliau mahu Nurul Izzah memainkan peranan membantu kerajaan, antara lain dalam memastikan ketelusan pentadbiran serta urusan perolehan tender kerajaan, berlaku secara teratur dan mengikut prosedur. - Gambar fail
Rombongan pengantin, jemaah umrah antara penumpang terkandas di KKIA
Rombongan pengantin dan jemaah umrah antara ribuan penumpang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) berikutan pembatalan penerbangan hari ini.
Rangka transformasi pendidikan tinggi demi kesihatan planet
Nickyson Nyambar membawakan perkembangan semasa Sidang Kemuncak Kesihatan Planet 2024.
Pelan Industri Sukan kini di fasa akhir - TPM Ahmad Zahid
Kementerian Belia dan Sukan kini dalam fasa akhir membangunkan Pelan Industri Sukan, yang menggariskan strategi dan inisiatif memberi manfaat kepada sektor industri sukan.
Perkembangan upacara pengebumian Joseph Kurup
Bersama wartawan AWANI Borneo di Sabah, Hafiz Mustadi di talian bagi mendapatkan perkembangan terkini.
Titah Adendum: Sokongan Ahmad Zahid kepada Najib tulus, sejati - Megat Zulkarnain
Sokongan yang dizahirkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap petisyen Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung Titah Adendum YDP Agong mengenai tahanan rumah, tulus dan sejati.
Letusan Gunung Ruang: Penumpang menunggu dalam ketidakpastian di KIA
Tinjauan di lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mendapati penumpang me nunggu dalam ketidakpastian susulan pembatalan penerbangan yang berpunca letusan Gunung Berapi Ruang.
Kerajaan Perpaduan umum calon PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan - Zambry
Zambry memaklumkan bahawa pengumuman mengenainya akan dibuat sekitar dua hari sebelum penamaan calon.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Pengecualian sementara borang TM.6 oleh Thailand bantu rangsang pelancongan Perlis
Langkah kerajaan Thailand mengecualikan sementara warganegara asing daripada mengemukakan Borang TM.6 ketika masuk dan keluar dari negara itu dilihat dapat merangsang sektor pelancongan di Perlis.
AWANI Ringkas: Peruntukan pembangkang: Kerajaan setuju secara dasar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
200 ulama nusantara dijangka hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei ini
Seramai 200 ulama nusantara dijangka hadir Persidangan Ulama Sedunia yang akan diadakan di Petaling Jaya, Selangor pada 7 dan 8 Mei ini.
Mengenang Joseph Kurup: Jasa mendiang pasti dikenang negara, rakyat - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan jasa mendiang Tan Sri Joseph Kurup ketika menjadi menteri di peringkat Persekutuan dan negeri, akan dikenang rakyat dan negara.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
Majlis sambutan Aidilfitri Madani 2024 di tujuh negeri, bermula esok di Johor
Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diadakan di tujuh negeri, bermula dengan Johor, esok.
Malaysia rangka Pelan Strategik Semikonduktor pacu pelaburan - Anwar
Satu pelan strategik semikonduktor akan dirangka secara menyeluruh menerusi MITI bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai destinasi pelaburan terpilih bagi industri strategik itu.
'Jika SPRM ada bukti tunjuklah' - Tun Mahathir
Dr Mahathir berkata, setakat pengetahuannya, beliau tidak pernah disiasat tetapi notis SPRM menyatakan bekas Ahli Parlimen Langkawi itu melakukan kesalahan.
Konflik Iran-Israel: Beri penghargaan atas ketegasan Anwar - Geostrategis
Malaysia dilihat sebagai negara "kecil" yang berani menyatakan pendirian pada saat pemimpin negara lain tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
PM Anwar syukur Nadir dan keluarga bersatu semula, ucap penghargaan kepada Al Sisi
Beliau turut menyatakan penghargaannya kepada Presiden Mesir Abdel Fattah Al Sisi dan kerajaan Mesir atas kerjasama yang diberikan.