KUALA LUMPUR: Kemelut politik negara ibarat tiada penghujung.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menjelaskan tidak meletakkan jawatan kerana tiada seorang ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan mempunyai majoriti yang mencukupi.  

Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan hanya menetapkan dua pilihan untuk seseorang Perdana Menteri yang tidak mendapat sokongan majoriti - iaitu mengadakan pilihan raya atau meletakkan jawatan bersama seluruh anggota Kabinet.

Apa akan berlaku jika Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang majoriti?

1. Muhyiddin terpaksa meletakkan jawatan dan boleh mengusulkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berdasarkan Perkara 43(4) untuk membubarkan Parlimen.

2. Mengikut Perkara 40(2), Yang di-Pertuan Agong boleh menyatakan sama ada tidak bersetuju dengan pembubaran Parlimen tersebut kerana faktor pandemik COVID-19.


[TERKINI] Ucapan Khas Perdana Menteri | 13 Ogos 2021

BACA: 'Kingmaker' kerajaan baharu akan bergantung kepada konfigurasi politik semasa - Penganalisis

3. Apabila Muhyiddin meletakkan jawatan, ia termasuk Kabinet keseluruhan kerana kerajaan yang terbentuk sudah hilang majoriti.

4. Proses seterusnya terletak kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa yang mendapat majoriti untuk membentuk kerajaan.

5. Apa yang akan berlaku mungkin sama dengan tahun 2020 apabila terjadi pertukaran kerajaan dari Pakatan Harapan (PH) ke Perikatan Nasional (PN).

Politik Malaysia | Krisis Politik: Apa jangkaan selepas ini?