Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard diminta berhenti menjadi oportunis dengan cubaan menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis #Nothing2Hide versinya sendiri.
Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, Chegubard dilihat bermimpi di siang hari selain kini 'menjilat' hinaan yang pernah diberi kepada bekas perdana menteri itu.
"Apa 'level' dia hendak ajak Dr Mahathir berdialog? Che Gu Bard ini sudah ditolak PKR dan kini sedang menjilat ludahnya sendiri serta cuba mempertahankan orang yang dia maki-hamun dengan pelbagai tuduhan sewaktu aktif dalam PKR dahulu.
"Susah hendak percaya orang macam Chegubard yang cepat menggadai prinsip serta mudah beralih pendirian ini. Dia cuba menyelamat diri demi survival kehidupan," katanya kepada Astro AWANI hari ini.
Khairuddin mengulas kenyataan Chegubard yang mahu menjemput Dr Mahathir dalam program seumpama #Nothing2Hide versinya sendiri.
Selain itu Chegubard di dalam sebuah blog dikatakan kini kerap mengecam Dr Mahathir berkenaan pemecatan Tun Salleh Abas di siaran berita sebuah stesen televisyen kemunculannya dilihat mungkin lebih kerap lagi dalam isu-isu yang lain.
Khairuddin turut menjelaskan, sikap Chegubard membuktikan politik murahan untuk memastikan namanya tidak lenyap dari pentak politik negara.
"Saya cadangkan dia buat program dan bercerita kembali kenapa satu masa dahulu suka mengutuk UMNO.
"Perjelaskan kepada rakyat kenapa dahulu suka memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya serta pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.
"Mengapa tiba-tiba dia beralih angin dan menyokong pihak tertentu di dalam UMNO serta menyerang Dr Mahathir? Apa motif tindakannya ini?" ujarnya.
Sementara itu, Khairuddin turut mencadangkan Chegubard menjemput Najib untuk hadir ke program #Nothing2Hide versinya.
"Dia ajak Najib, saya ajak Dr Mahathir. Kita siarkan secara terbuka dan biar seluruh rakyat menonton pertemuan penuh bersejarah itu," katanya.
BACA: 'Najib enggan jumpa Tun M, jumpa perwakilan boleh pula' - Khairuddin
Sebelum ini Khairuddin mahu Najib segera membuat pertemuan dengan Dr Mahathir sekali gus menyelesaikan kemelut negara terutama tentang isu syarikat pelaburan strategik negara, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Jelasnya, Najib juga diharap tidak menjadi jaguh dengan menyerang Dr Mahathir melalui forum tertutup bersama 1,500 ahli UMNO yang dijemput pada majlis penerangan khas sahaja.
Wan Syamsul Amly
Thu Jun 18 2015
Chegubard (gambar) diminta berhenti menjadi oportunis dengan cubaan menjemput Dr Mahathir kepada majlis #Nothing2Hide versinya sendiri.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
'Apa 'level' Chegubard ajak Tun M berdialog?' - Khairuddin
Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard diminta berhenti menjadi oportunis dengan cubaan menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad pada majlis #Nothing2Hide versinya sendiri.
Buat siaran langsung prosiding PAC mengenai 1MDB - Saifuddin
GMM mencadangkan supaya mesyuarat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mengenai 1MDB disiarkan secara langsung melalui televisyen.
#Nothing2Hide: Adakan dialog Tun M dan Najib di TV - Ibrahim Ali
Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali hari ini mencadangkan supaya diadakan satu sesi siaran berdialog antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Mahathir.