Kita ini mahunya apa? Itu ini, begitu begini. Itu salah, ini salah; begitu tak kena, begini pun tak kena. Buat macam ini tak betul; buat macam itu pun, tak betul juga.
Kita sebenarnya hendak apa?
Apabila Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp, Datuk Azhar Abdul Hamid minggu lalu letak jawatan kerana mengambil tanggungjawab ke atas kemalangan di tapak binaan yang membunuh tiga pekerja, ada yang kata apa yang dilakukannya itu sebab hendak lari daripada bertanggungjawab.
Hello, brader! Macam mana pula jadi cerita "hendak lari daripada tanggungjawab"? Ini negara ada undang-undang. Kalau waris pekerja binaan itu misalnya mengambil tindakan mengemukakan saman di mahkamah, kita jangan tidak tahu bahawa ada yang namanya liabiliti gantian atau vicarious liability. Ertinya, apa yang dilakukan oleh seseorang, dalam keadaan tertentu, orang lain pun boleh dipertanggungjawabkan.
Tetapi itu cerita lain -- bab itu panjang; tak apa, boleh semak di Google. Cerita bab sekarang ini ialah kenapa apabila ada orang letak jawatan kerana mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku, sesetengah daripada kita riuh-rendah kata itu tak betul, ini tak betul.
Bukankah apabila ada orang yang tidak mahu letak jawatan, sesetengah daripada kita juga bising tulis di sana tulis di sini, buat forum di dewan dan di kedai kopi, bercakap pasal integriti dan moral betapa orang itu dan orang ini sepatutnya letak jawatan?
Aisehman, brader nak apa?
Bukankah kita sepatutnya merayakan watak manusia seperti CEO MRT Corp itu yang sedia melepaskan jawatannya dan menyatakan pula secara terbuka bahawa "itulah tindakan yang sewajarnya"? Bukankah itu yang kita mahu selama ini apabila misalnya ada bas masuk gaung, ada syarikat rugi, projek di lereng bukit runtuh lagi dan pasukan bola sepak tidak menang-menang juga?
Apabila ada seorang CEO menunjukkan contoh yang baik yang tidak pula ditunjukkan oleh pemimpin organisasi yang kenapa kita tidak sokong dia?
Ini bukan satu-satunya contoh itu ini, begitu begini reaksi orang kepada apa yang jadi sehari-hari.
Istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17 pada Jumaat pun begitu juga. Ketika seluruh negara berdukacita bersama-sama waris dan ahli keluarga serta sahabat handai mereka yang terbunuh dalam nahas itu, ada pula yang sibuk mempertikaikan itu dan ini. Kenapa mesti pakai hitam, kenapa tidak pakai hitam, kenapa buat besar-besaran, agama tidak ajar begini dan bermacam-macam lagi.
Seorang teman semasa berbual tentang sikap masyarakat yang selalu serba salah dan tidak tentu arah ini merumuskan bahawa inilah kesan tidak langsung daripada pendemokrasian yang dibawakan oleh kemajuan teknologi. Ketika orang mempunyai ruang yang seluas-luasnya untuk menyuarakan pandangan tentang apa saja pada bila-bila masa, ketika itulah kita melihat kepelbagaian pandangan semacam ini.
Apa yang jadi masalahnya ialah pandangan-pandangan itu mencuri tumpuan orang ramai dan menjadi topik perbualan yang hangat sehingga menenggelamkan hal-hal lain yang sepatutnya menjadi perhatian.
Kita sibuk bercakap tentang bekas CEO MRT yang kononnya hendak lari daripada bertanggungjawab sehingga tidak melihat nilai integriti yang terpuji yang selama ini jadi mimpi di negara ini.
Kita sibuk bercakap tentang hitam atau tidak hitamnya baju sehingga kita terlupa untuk merenung apakah maknanya seluruh episod nahas MH17 itu -- kepada hidup kita bernegara, hidup kita bermasyarakat dan berkeluarga serta hidup kita sebagai manusia yang suatu hari nanti pasti akan mati juga.
Wallahu'alam.
Noor Azam Shairi
Sat Aug 23 2014
Tindakan Azhar meletakkan jawatan susulan kemalangan meragut 3 nyawa pekerja warga Bangladesh 18 Ogos lalu mendapat perhatian - Foto JBPM
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Perbicaraan bela diri Syed Saddiq bermula 22 Februari tahun depan
Mahkamah menetapkan 22 hingga 24 Februari, 13 dan 14 Mac, serta 10 hingga 14 April 2023 untuk prosiding tersebut.
Pendakwaan akan buktikan semua kesalahan Syed Saddiq berniat jahat, tidak jujur
Syed Saddiq yang memakai kemeja batik biru tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kira-kira jam 9 pagi.
Mahkamah Tinggi tolak habeas corpus Alvin Goh supaya dibebaskan serta-merta
Muhammad berkata permohonan itu telah menjadi akademik dan tiada isu langsung kerana Goh mencabar perintah reman 21 hari sebelum ini di bawah POCA.
FGV minta Felda hentikan siaran media
Pengerusi FGV Datuk Wira Azhar Abdul Hamid menulis surat kepada Pengerusi Felda Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan kepadanya bahawa notis untuk menamatkan LLA itu masih tidak diterima setakat Isnin.
Saham FGV meningkat susulan pengurangan yuran lembaga pengarah
Pada 9.59 pagi, kaunter tersebut menokok tiga sen kepada RM1.06 sen dengan 566,250 saham bertukar tangan.
FGV lantik pengerusi sebagai CEO sementara
Pelantikan pada asas sementara itu dipersetujui Menteri Kewangan (Diperbadankan).
FGV lantik Pemangku CFO
FGV Holdings Bhd (FGV) melantik Ketua Bahagian Kewangan Kumpulan Aznur Kama Azmir sebagai pemangku Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (CFO).
Felda mahu FGV diurus sebaiknya bukan dipolitikkan - Shahrir
Pelantikan Pengerusi FGV yang baharu Datuk Azhar Abdul Hamid sememangnya tepat memandangkan latar belakang tokoh itu sebelum ini dalam perniagaan industri sawit.
Pengerusi baharu FGV lapor diri hari ini
Pengerusi baharu Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) Datuk Wira Azhar Abdul Hamid, tiba di Menara Felda pada 8.15 pagi hari ini untuk tugas pertamanya dengan syarikat berkenaan.
Apa yang sebenarnya kita mahu?
Apabila CEO MRT Corp, meletak jawatan kerana mengambil tanggungjawab ke atas kemalangan yang membunuh tiga pekerja, ada yang berkata apa yang dilakukannya itu sebab hendak lari dari tanggungjawab.