Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata pembangkang sentiasa mengatakan bahawa jika membentuk kerajaan baharu, perkara pertama yang akan mereka lakukan ialah memastikan Tun Dr Mahathir Mohamad dihukum atas kesalahannya.
Beliau berkata sejak 1998, pembangkang selalu mendakwa bahawa ia mempunyai bukti yang cukup untuk memaksa Dr Mahathir dihadapkan ke mahkamah dan menghadapi perbicaraan atas kesalahan dan salah guna kuasa yang dikatakan dilakukannya sepanjang 22 tahun sebagai perdana menteri.
"Cogan kata pembangkang sejak 20 tahun yang lalu adalah Malaysia perlu diselamatkan dan ini hanya akan berlaku jika Dr Mahathir digulingkan.
"Mahathir dikenal pasti sebagai puncanya dan dan jika puncanya tidak dihapuskan, maka punca segala kerosakan tidak boleh dikeluarkan.
"Akibatnya, timbul persepsi ramai bahawa rakyat bersatu menentang Mahathir dan tidak bersatu di bawah Mahathir," kata beliau menerusi catatannya dalam blog beliau sskeruak.blogspot.my pada Selasa.
Salleh menyatakan bahawa rakyat menyokong di belakang bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau dianggap sebagai mangsa dan Mahathir sebagai penyerang.
"Dan sebabnya dia menjadi mangsa, kata Anwar, ialah kerana beliau menentang penyalahgunaan kuasa Dr Mahathir dan mendedahkan kesalahannya.
"Hari ini, rakyat Malaysia diberitahu cerita yang berbeza dan bertentangan dengan apa yang mereka telah diberitahu selama 20 tahun yang lalu.
"Bagaimanakah Pakatan menjelaskan dan mewajarkan ini selain menyatakan bahawa satu-satunya perkara terpenting ialah untuk menggulingkan Perdana Menteri tanpa mengira bagaimana ia dilakukan?" katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 09 2018
Salleh menyatakan bahawa rakyat menyokong di belakang bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau dianggap sebagai mangsa dan Mahathir sebagai penyerang. - Gambar fail
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).