RAKYAT terkejut dan gelisah dengan perkembangan politik akhir-akhir ini.
Pakatan Harapan (PH) yang ditubuhkan antara parti-parti pembangkang sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 berjaya menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negara sejak merdeka, hampir 61 tahun.
Namun, PH yang menguasai Putrajaya mulai Mei 2018 tidak mampu meneruskan kuasa politiknya malah terpaksa ‘dibubar’ secara tiba-tiba pada 24 Februari lepas.
Tempoh 21 bulan pemerintahan apabila perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Pengerusi PH secara mengejut meletakkan jawatan.
Peletakan jawatannya adalah difahamkan akibat kesan percaturan politik luar jangkaan dalam kalangan parti-parti komponen PH, gabungan parti Bersatu, PKR, DAP, Amanah dan Warisan.
Episod perpecahan
Episod perpecahan dan perasaan syak wasangka antara parti-parti komponan PH bermula apabila Pas mengumumkan akan menyokong kepimpinan Dr Mahathir sekiranya timbul masalah undi tidak percaya terhadap beliau dalam Parlimen.
Ia didakwa didokong puak-puak yang mendesak Dr Mahathir untuk menyerahkan jawatan perdana menteri yang disandang sejak PH menguasai Putrajaya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR seperti dijanjikan Dr Mahathir apabila beliau dicalonkan sebagai Perdana Menteri ketujuh.
Majlis Presiden PH dilaporkan bersetuju dengan sebulat suara melantik Dr Mahathir yang juga merupakan Pengerusi Bersatu yang memenangi hanya 13 kerusi Parlimen sahaja berbanding PKR (47), DAP (42) Amanah (11) dan Warisan (8) pada PRU ke-14
Dr Mahathir juga berjanji akan menyerahkan jawatannya kepada Anwar selepas menjawat jawatan Perdana Menteri selama dua tahun.
Namun, kekecohan dalam PH difahamkan tercetus apabila PKR, DAP dan Amanah yang menyertai Mesyuarat Majlis Presiden PH mendesak Dr Mahathir mengumumkan tarikh (deadline) menyerahkan jawatannya kepada Anwar kerana beberapa hari sebelumnya, Dr Mahathir mengumumkan untuk melepaskan jawatannya selepas berlangsungnya Persidangan APEC pada bulan November 2020.
Nampaknya, ada pihak yang tidak sabar menunggu sehingga bulan November atau tidak yakin dengan janji Dr Mahathir melepaskan jawatannya kepada Anwar.
Kesannya, Dr Mahathir yang didakwa kecewa dengan pergolakan dalam PH yang mendesak beliau berundur supaya Anwar mengambil alih kepimpinan negara.
Beliau didakwa memutuskan untuk meletakkan jawatan kerana kononnya menjangkau kemungkinan besar parti-parti utama PH seperti PKR dan DAP yang mendesak beliau mengumumkan tarikh melepaskan jawatan, akan keluar daripada gabungan PH yang akan menyebabkan beliau hilang majoriti di Parlimen.
Dalam pada itu, meskipun Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerima dan bersetuju dengan hasrat Dr Mahathir meletakkan jawatan, baginda melantik Dr Mahathir sebagai perdana menteri interim (sementara) untuk menjalankan tugas-tugas rasmi mengurus pentadbiran Kerajaan Persekutuan sehingga seorang perdana menteri baru dilantik.
Susulan peletakan jawatan Dr Mahathir, jawatan Timbalan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri dan Setiausaha-setiausaha politik juga dikosongkan.
Sementara itu, rakyat dimaklumkan kepimpinan PKR, DAP dan Amanah merayu kepada Dr Mahathir supaya terus menjawat jawatan Perdana Menteri.
Malah, BN dan Pas serta wakil-wakil serpihan parti PKR dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak juga menggesa Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri.
Persoalannya, apakah Kerajaan PH dapat diselamatkan atau kerajaan baharu akan ditubuhkan?
Undi percaya
Sehubungan ini, berlegar di media sosial juga kononnya seramai 138 Ahli Parlimen sedia menyokong usul undi percaya terhadap Dr Mahathir sekiranya ada usul undi percaya yang akan dibentang dalam Parlimen.
Sokongan sejumlah Ahli Parlimen ini sudah mencukupi untuk mempertahankan Dr Mahathir terus kekal sebagai Perdana Menteri atau membuka ruang untuk tertubuhnya satu kerajaan baharu dengan nama yang baharu.
Sehubungan isu peletakan jawatan dan jatuhnya kerajaan PH dalam tempoh masa yang singkat menimbulkan pelbagai sentimen dalam kalangan rakyat, khususnya orang Melayu.
Orang Melayu didapati amat runsing malah berpecah kepada beberapa kumpulan. Antaranya, ada kumpulan yang menyokong Dr Mahathir terus menjadi Perdana Menteri dan ada juga yang mahu kerajaan baharu ditubuhkan dengan penyatuan parti Melayu-Bumiputara bersandarkan konsep ‘Muafakat Nasional’.
Manakala, sebahagian besar orang Cina yang majoriti bersama DAP didapati tidak bersetuju dengan cadangan menubuhkan kerajaan baharu malah mendakwa langkah Pas untuk membentang undi menyokong Dr Mahathir bermotif jahat untuk melemahkah dan menjatuhkan kerajaan PH.
Sementara itu, sebahagian besar kaum India kini kelihatan mengalih sokongan kepada MIC baru di bawah kepimpinan Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran yang berpendirian untuk terus setia dan bersama dengan perjuangan BN.
MIC selaku parti komponan BN mendokong prinsip Muafakat Nasional, difahamkan akan menyokong sebarang tindakan dan langkah yang diambil oleh BN untuk menyelamatkan negara daripada fiasco politik yang melanda negara ketika ini.
Dalam hal ini, rakyat perlu ingat, pelantikan seorang perdana menteri adalah terletak kepada kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Perkara 40(2)(a) dan (b) dan Perkara 43(2) (a) dan Perlembagaan Persekutuan dengan jelasnya memberi kuasa kepada budi bicara Yang di-Pertuan Agong untuk melantik seorang Perdana Menteri.
Rakyat berharap dan yakin Yang Dipertuan Agong akan berlaku adil dalam pelantikan seorang Perdana Menteri baharu, rakyat juga berharap mereka diberi peluang semula untuk memilih kerajaan baharu melalui alat atau saluran demokrasi iaitu PRU.
Meskipun ahli-ahli Dewan Rakyat semasa dipilih oleh rakyat, tetapi kerajaan yang dibentuk hasil PRU ke-14 telah jatuh secara tiba-tiba.
Maka, adalah wajar bagi rakyat diberi semula peluang untuk memilih kerajaan baru menggantikan kerajaan PH.
Rakyat masih ingat Tun Abdul Razak, Perdana Menteri yang kedua membentuk kerajaan Barisan Nasional meliputi semua parti dan kaum apabila polarisasi kaum meningkat ke tahap kemuncak kesan politik perkauman yang berleluasa pada tahun 1973.
Persoalannya, apakah kerajaan bentuk perpaduan nasional yang diuar-uarkan mampu menyelesaikan kemelut politik semasa atau memberi peluang kepada rakyat untuk memilih kerajaan baharu?
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Tue Feb 25 2020
Ada pihak yang tidak sabar menunggu hingga November atau tidak yakin dengan janji Dr Mahathir melepaskan jawatannya kepada Anwar. -Gambar fail
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
AWANI Tonight: Flour ban deepens food crisis, cracker prices soar
The Israeli army's blockade of flour into Gaza has exacerbated the humanitarian crisis, causing a severe shortage of bread for displaced Palestinians.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Malaysia seru proses peralihan kuasa secara aman di Syria - PM Anwar
Malaysia menyeru agar peralihan kepada keamanan di Syria dilakukan dengan menghormati kepelbagaian komuniti di negara itu tanpa perpecahan bersifat sektarian.
Malaysia, Rusia perkukuh kerjasama STEM - PM Anwar
Anwar berkata, kepakaran Rusia yang diiktiraf dalam STEM selaras dengan aspirasi banyak negara Islam, termasuk Malaysia.
PM Anwar merafak sembah ucapan tahniah ulang tahun keputeraan Sultan Selangor
Anwar mendoakan semoga Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin terus dikurniakan keafiatan dan kesejahteraan berpanjangan.
Pembangunan perumahan mesti penuhi aspek manusiawi - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu projek perumahan khususnya rumah mampu milik, mesti memenuhi aspek manusia dan keperluan asas rakyat.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
Pulau Batu Puteh: Jika saya khianat, TPM masa itu juga khianat - Tun Mahathir
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak sama sekali menggadai kedaulatan Malaysia dan segala keputusan yang dibuat adalah demi bangsa, agama, serta negara.
PM Anwar tanam pokok ke-100 juta di Taman Herba
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyempurnakanpenanaman pokok ke-100 juta di Taman Herba, Parlimen.