Doctor2U, aplikasi penjagaan kesihatan Uber mudah alih yang membolehkan pesakit mudah mendapatkan doktor untuk rawatan perubatan di rumah telah diakses oleh lebih 12,000 pengguna sejak dilancarkan pada Oktober tahun lepas.
Pengasas aplikasi dan naib presiden IT BP Healthcare Group, Garvy Beh berkata aplikasi mudah alih yang dibangunkan oleh syarikat itu boleh diakses oleh sesiapa sahaja bagi mendapatkan seorang doktor rakyat Malaysia yang bertauliah datang ke rumah melalui peranti mudah alih iPhone dan Android, dalam tempoh 60 minit.
"Kami telah merekodkan 12,000 pengguna aplikasi ini sehingga hari ini sejak pelancarannya pada awal Oktober tahun lepas dengan 10 hingga 12 transaksi dicatatkan setiap hari.
"Hanya dengan menekan butang pada telefon bimbit, perkhidmatan kesihatan disediakan sehingga ke halaman rumah anda," kata beliau kepada Bernama selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina anjuran BP Healthcare Group, dekat sini hari ini.
Aplikasi Doctor2U menghendaki pesakit mengemukakan permintaan dengan maklumat mengenai apa isu-isu atau tanda-tanda perubatan dan selepas itu, doktor yang berada dalam lingkungan jarak 20 km akan dihubungi.
Doktor yang memilih untuk menjawab panggilan itu kemudian akan dimaklumkan mengenai lokasi dan maklumat mengenai pesakit.
Garvy Beh berkata, pada masa ini terdapat 250 doktor di bawah panel mereka, termasuk pakar kanak-kanak dan pakar kardiologi untuk menyediakan perkhidmatan 24 jam kepada pesakit melalui aplikasi di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor.
Pengguna boleh mendapatkan khidmat Doctor2U dengan caj yang dikenakan pada kadar tetap sebanyak RM250 dari (8 pagi hingga 8 malam) dan RM420 (8 malam hingga 8 pagi) bagi setiap permintaan.
Bernama
Sun Feb 21 2016
Aplikasi Doctor2U menghendaki pesakit mengemukakan permintaan dengan maklumat mengenai apa isu-isu atau tanda-tanda perubatan dan selepas itu, doktor yang berada dalam lingkungan jarak 20 km akan dihubungi. - Gambar Hiasan
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
Aplikasi mudah alih Doctor2U kini diakses lebih 12,000 pengguna
Doctor2U, aplikasi penjagaan kesihatan Uber mudah alih yang membolehkan pesakit mudah mendapatkan doktor untuk rawatan perubatan di rumah telah diakses oleh lebih 12,000 pengguna.
Doctor2U, aplikasi khidmat doktor terus ke rumah
Pertama seumpamanya di Malaysia juga di Asia Tenggara, Doctor2U sudah mula beroperasi 15 Oktober lalu dan dimuat turun oleh lebih 3,500 pengguna.