PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan kerjasama Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) mengaplikasikan teknologi angkasa bagi mengesan lokasi tapak pelupusan sampah haram dengan tepat di seluruh negara.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dalam satu kenyataan semalam berkata setakat ini, sebanyak 86 tapak pelupusan haram berjaya ditutup dan dijangka sasaran penutupan 100 tapak pelupusan sampah haram bagi tempoh 100 hari pentadbirannya dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.
"Isu pengurusan sisa pepejal sewajarnya diteliti dengan terperinci dan diselesaikan dengan segera bagi memberi kesejateraan kepada rakyat Malaysia.
"Kegagalan menangani isu ini boleh memberi impak negatif kepada kebersihan di kawasan setempat sehingga menjejaskan kualiti kesihatan dan kelestarian alam sekitar," katanya.
Beliau berkata KPKT turut menggesa kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) bekerjasama dengan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) untuk memperkasa aspek pemantauan dan penguatkuasaan dalam memastikan tiada sebarang kegiatan pencerobohan tanah bagi tujuan tapak pelupusan sampah haram.
Selain itu, beliau berkata sebagai langkah awal KPKT telah menubuhkan sebuah pasukan pertugas khas bagi meneliti secara terperinci semua isu berkaitan pengurusan sisa pepejal agar ia dapat diselesaikan segera secara holistik.
Katanya, beliau telah mempengerusikan mesyuarat pertama pasukan petugas itu pada Selasa (31 Jan) yang dihadiri pelbagai jabatan dan agensi termasuk Jabatan Alam Sekitar, MYSA dan SWCorp.
"Penubuhan petugas ini membuktikan KPKT komited melaksanakan segala tindakan ke arah pengurusan sisa pepejal yang lebih berkesan dan efektif.
"Tumpuan kawalan dan penguatkuasaan akan dilaksanakan di seluruh negara dengan memberikan fokus kepada Selangor sebagai negeri pertama dalam memastikan pelaksanaan usaha ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2023
Nga berkata, kegagalan menangani isu pengurusan sisa pepejal boleh memberi impak negatif kepada kebersihan di kawasan setempat sehingga menjejaskan kualiti kesihatan dan kelestarian alam sekitar. - Gambar hiasan
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Belum mula bersiaran, Naim Daniel dah tarik diri daripada The Hardest Singing Show?
Belum masuk minggu pertama The Hardest Singing Show (THSS), program itu sudah dihangatkan dengan penarikan diri salah seorang pesertanya, Naim Daniel.
FAMA pastikan pengguna mudah dapat bawang merah tempatan
Pada peringkat permulaan ini, FAMA telah menyasarkan jualan bawang tempatan itu melalui promosi Kombo MADANI sempena program Jualan Agro MADANI.
Asia rantau paling banyak dilanda bencana di dunia, kata agensi meteorologi PBB
WMO berkata ribut dan banjir mengakibatkan angka korban dan kerugian ekonomi tertinggi, sementara kesan gelombang haba menjadi lebih teruk.
Tumpuan Rabu - 24 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
1MDB: Mahkamah akan tentukan sama ada pendakwaan berjaya buktikan kes - Hakim
Muhammad Shafee berhujah bahawa pertuduhan terhadap anak guamnya adalah salah serta bertindih.
Lelaki ditahan bantu siasatan kes bawa 'kwantao'
Lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di rumahnya pada 12.20 tengah malam selepas polis menerima laporang daripada seorang lelaki berusia 31 tahun pada 11.48 malam tadi.
Polis tumpas sindiket proses, edar MDMA di pusat hiburan
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah jenis MDMA di pusat hiburan dengan penahanan dua lelaki dalam serbuan di sekitar daerah Timur Laut.
SKM lulus bantuan RM246,000 menerusi Program Pemerkasaan Rantaian Bekalan Koperasi
SKM meluluskan bantuan berjumlah RM246,000 menerusi SCOPE kepada Federasi Koperasi Pemborongan dan Peruncitan Malaysia Berhad.
Orang ramai diingatkan tidak simpan stok beras dalam kuantiti besar
Semua pihak diingatkan untuk tidak menyimpan stok beras dalam kuantiti yang besar bagi mengelakkan berlakunya pembaziran bekalan makanan itu.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Kampit beras dibuang: SWCorp tutup sementara tapak pelupusan sampah
Penutupan itu dilakukan bagi membolehkan pihaknya melakukan siasatan terhadap pihak terlibat termasuk penyedia tapak pelupusan dan pihak yang membuang sampah di lokasi tersebut.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Tapak pelupusan sampah di Tumpat terbakar
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Kubor bersama dua jentera bomba dikerahkan ke lokasi kebakaran.
97 peratus api berjaya dipadam di tapak pelupusan sampah Kayu Madang
Secara keseluruhan 97.25 peratus daripada 45.7 hektar kawasan yang terbakar meliputi tempat pembuangan tayar terpakai sudah dipadamkan.
Tapak pelupusan sampah Lubok Jong terbakar
Tapak pelupusan sampah seluas 0.2 hektar di Lubok Jong, Pasir Mas terbakar pada Ahad malam.
Polis musnahkan bom tangan dijumpai pekerja tapak pelupusan
Polis menerima aduan berhubung penemuan bom tangan itu pada jam 1.30 petang Isnin.
Gunung sampah terbakar di Bandung
Kebakaran gunung sampah di Tapak Pembuangan Akhir Sarimukti di Cipatat, kabupaten Bandung Barat dilaporkan bermula sejak 19 Ogos lalu.
Kebakaran tapak pelupusan sampah di Bandung masih belum terpadam
Kebakaran yang melanda tapak pelupusan sampah di Sarimukti, Cipatat, daerah Bandung Barat sejak Sabtu lalu dilaporkan masih belum dapat dipadam sepenuhnya.