APM sasar latih 330,000 orang awam ilmu asas pertahanan awam setahun

Bernama
Oktober 12, 2023 20:45 MYT
Aminurrahim (tengah) bergambar dengan pegawai APM dan pelajar Kolej Komuniti serta penerima tauliah pada Penutup Program HIPA 6.0 Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaan di Kem UiTM Machang, 12 Okt 2023. --fotoBERNAMA
MACHANG: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyasarkan untuk memberi latihan asas ilmu pertahanan awam kepada 330,000 orang awam setiap tahun, kata Ketua Pesuruhjayanya Datuk Aminurrahim Mohamed.
Beliau berkata tahun ini APM telah melatih 240,000 orang awam yang terdiri daripada golongan pelajar serta kakitangan agensi kerajaan.
"Kita yakin dapat mencapai sasaran 330,000 memandangkan ada dua bulan lagi sebelum memasuki tahun baru," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan Himpunan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (HipA 6.0) Kolej Komuniti Peringkat Kebangsaaan Tahun 2023 di Kampus UiTM Machang,di sini semalam.
Sementara itu, Aminurrahim berkata dari segi anggota sukarela pula, tahun ini pihaknya telah berjaya menarik penyertaan 13,000 sukarelawan untuk menganggotai APM, melebihi sasaran awal seramai 13,000 orang.
-- BERNAMA
#APM #latihan asas ilmu pertahanan awam #Angkatan Pertahanan Awam Malaysia #Aminurrahim Mohamed