Arab Saudi sediakan lebih 2.2 juta botol air zamzam untuk musim haji 2023

Bernama
Jun 25, 2023 05:34 MYT
Abdulrahman menyantuni para tetamu Allah sambil menghulurkan botol air zamzam kepada jemaah haji dan petugas di Masjid Nabawi, Madinah. - Foto Haramain Info
MAKKAH: Arab Saudi bersedia menyediakan lebih 2.2 juta botol air zamzam pada musim haji tahun ini, seiring dengan peningkatan permintaan.
Ketua Presiden Hal Ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi Syeikh Dr Abdulrahman Al-Sudais menggesa agar kapasiti pengeluaran maksimum air zamzam yang dilaksanakan di bawah Projek Zamzam Raja Abdullah bin Abdulaziz digandakan bagi mencapai 200,000 botol sehari, lapor Saudi Press Agency (SPA).
Dr Al-Sudais berkata perkhidmatan itu bertujuan menyediakan air zamzam kepada jemaah haji dengan cara mudah dan efisien, menggunakan mekanisme automatik terkini merentasi peringkat penulenan air dari telaga sehingga sampai ke kilang.
Air kemudiannya dibotolkan secara automatik tanpa campur tangan manusia bagi memelihara kualiti air zamzam kepada jemaah haji.
--BERNAMA-SPA
#Arab Saudi #air zamzam #Syeikh Abdulrahman Al-Sudais #jemaah haji