Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Armada PPBM) akan memberi sokongan kepada sesiapa saja anak muda yang diberi mandat oleh Perdana Menteri untuk dilantik sebagai menteri Kabinet.
Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin berkata, mereka tidak akan masuk campur urusan lantikan Kabinet melainkan tiada peluang langsung diberikan kepada anak muda mencorak masa depan negara.
Katanya, setakat ini Armada PPBM mendapati pentadbiran kerajaan jelas mementingkan penglibatan anak muda dalam pentadbiran Malaysia baharu.
"Kami berpendirian untuk memberi ruang kepada pimpinan negara membuat pemilihan di antara pimpinan anak muda Pakatan Harapan (PH) berlandaskan merit dan kebolehan untuk diangkat menjadi menteri Kabinet," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, sebuah portal melaporkan, terdapat pemimpin muda Harapan melancarkan petisyen bagi menggesa Ketua Pemuda PH, Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik sebagai menteri Kabinet.
Petisyen itu juga bagi memastikan Ketua Armada PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak menjadi satu-satunya wakil Pemuda dalam Kabinet.
Ini berikutan nama Nik Nazmi tercicir dalam senarai Kabinet yang tular baru-baru ini, sementara nama Syed Saddiq dikatakan akan mengisi jawatan Menteri Belia dan Sukan.
Bagaimanapun, kesahihan senarai itu tidak dapat dipastikan sehingga upacara angkat sumpah berlangsung esok.
Dalam pada itu, Ulya Aqamah berkata, petisyen yang dikeluarkan bukan dari Armada PPBM secara rasmi dan mereka tidak terlibat dalam menyediakan petisyen tersebut.
"Menyahut semangat keterbukaan Malaysia baharu, Armada Bersatu meraikan pendapat semua pihak. Setiap individu berhak menyatakan hasrat dan pilihan mereka.
"Semoga amalan demokrasi ini terus menjadi amalan baik bagi rakyat Malaysia," katanya.
Sinar Harian
Sun Jul 01 2018
Ulya Aqamah (gambar) berkata, setakat ini Armada PPBM mendapati pentadbiran kerajaan jelas mementingkan penglibatan anak muda dalam pentadbiran Malaysia baharu. - Sinar Harian
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Memahami kehendak anak muda, antara cabaran membangun negara baharu - Xanana Gusmao
Perdana Menteri Timor Leste, Xanana Gusmao berkata antara cabaran lain didepani sebagai sebuah negara yang baharu adalah memahami kehendak generasi muda.
Festival Idea Putrajaya sasar 250,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Anak muda sanggup rentas sempadan, guna laluan tidak sah untuk berhibur di Thailand
Mereka biasanya bertindak memarkir kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand.
TVET buka peluang pekerjaan besar untuk anak muda
Bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) tidak boleh lagi dilihat sebagai kerjasa pilihan kedua, kerana ia kini menjanjikan peluang pekerjaan yang besar.
SUKMA: Sabah tampil 90 peratus atlet muda, muka baharu dalam lawan pedang
Sabah bakal menampilkan 90 peratus atlet muda dan muka baharu dalam saingan lawan pedang pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-21 yang akan berlangsung di Sarawak bulan depan.
PRK Sungai Bakap: Jumlah pengundi muda keluar mengundi memberangsangkan - SPR
Peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK Sungai Bakap pada sebelah pagi dilihat agak memberangsangkan.
RIUH x Hari Belia Negara di Melaka angkat penggiat seni dan kreatif muda
RIUH x Hari Belia Negara 2024 yang akan diadakan di Dataran Pahlawan, Melaka pada Sabtu dan Ahad ini menumpukan kepada penyertaan penggiat seni dan kreatif dalam kalangan anak muda.
Usaha 'remajakan' PKR perlu diteruskan, penuhi aspirasi anak muda - Fahmi
Usaha 'meremajakan' PKR yang menginjak usia 25 tahun perlu terus dilaksana dengan memastikan setiap dasar, program dan aktiviti parti memenuhi aspirasi anak muda pada masa ini.
Sidang Belia Wilayah Persekutuan medan anak muda bentuk, tambah baik dasar negeri
Pentas terbuka dan inklusif untuk belia dari setiap parlimen di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan membahaskan usul berkaitan dasar-dasar Wilayah Persekutuan.
Anak muda kongsi rezeki masak bubur lambuk guna kayu api
Sekumpulan anak muda dari Pertubuhan Warga Cakna membanting tenaga dengan bergotong-royong menyiapkan bubur lambuk untuk diagihkan sebagai juadah berbuka di sekitar Jitra.