Perdana Menteri India Narendra Modi percaya ASEAN akan kekal sebagai rakan kongsi pelaburan terbesar negara itu berdasarkan peningkatan berterusan perdagangan dan pelaburan ASEAN-India.
"Selepas menyusut sekejap, perdagangan meningkat kepada sekitar AS$76.5 bilion dalam tempoh 2014-2015, begitu juga pelaburan dua hala.
"Masih banyak perkongsian ekonomi berpotensi yang belum diteroka. Saya yakin perdagangan dan pelaburan akan mengembang seiring pertumbuhan ekonomi kita," katanya pada perasmian Sidang Kemuncak ASEAN-India, di sini hari ini yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Selain itu katanya, penguatkuasaan Perjanjian Perdagangan dalam Perkhidmatan dan Pelaburan ASEAN-India pada Julai 2015 juga satu langkah ke depan yang penting.
"Kami juga menunggu perkembangan rundingan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau yang meliputi barangan dan perkhidmatan serta pelaburan.
"Kesalinghubungan adalah laluan ke arah kemakmuran bersama. Projek LebuhrayaTrilateral yang menghubungkan India ke Myanmar dan Thailand, juga mencatat kemajuan memberangsangkan dan dijangka siap pada 2018," katanya.
Kemudahan kredit
Menurut Modi, India juga bercadang memberi komitmen kemudahan kredit AS$1 bilion bagi menggalakkan projek yang menyokong kesalinghubungan fizikal dan digital antara India dan ASEAN.
Sementara itu, Modi berkata kerjasama India dengan Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam dalam projek pembangunan keupayaan juga akan berkembang menerusi Dana Pembangunan Projek untuk membangunkan hab pengeluaran di negara terbabit.
"Kami akan meningkatkan Dana Pembangunan Sains dan Teknologi ASEAN-India daripada AS$1 juta sekarang kepada AS$5 juta.
"Kami juga berhasrat menubuhkan Platform Inovasi ASEAN-India bagi mempemudah pengkomersilan teknologi kos rendah, pemindahan teknologi dan projek penyelidikan dan pembangunan kolaborasi," katanya.
Modi berkata projek kerjasama dalam teknologi angkasa India yang akan ditempatkan di Vietnam turut mencatat perkembangan kukuh.
"Saya beri jaminan kepada anda yang ia akan siap awal," katanya. Mengenai penyelidikan dan inovasi, beliau berkata usaha perlu merangkumi pelbagai cabaran bersama seperti perbandaran besar-besaran dan bandar raya mega; kemahiran untuk masa depan; jaminan makanan; air; serta penjagaan kesihatan yang berpatutan.
India juga merancang menawarkan 100 slot latihan dalam tenaga boleh diperbaharui di institusi mereka kepada ASEAN.
Pembangunan komuniti
Terdahulu dalam ucapan perasmiannya pada sidang kemuncak itu, Najib yang juga Pengerusi ASEAN 2015, berkata ASEAN mengiktiraf pelbagai sumbangan India dalam mempercepat proses pembangunan komuniti yang akan memperkukuh perkongsian ASEAN-India dalam jangka panjang.
Katanya ASEAN menghargai sokongan tidak berbelah-bahagi India serta penyertaannya dalam pelbagai program dan pelan sebagai mekanisme dan platform penting bagi hubungan, untuk saling bertukar pandangan mengenai isu serantau dan global.
"Ini akan memastikan penyelarasan yang aktif antara India dan anggota ASEAN. Saya mahu meningkatkan lagi kerjasama itu pada sidang kemuncak ini," kata Perdana Menteri Malaysia tersebut.
Turut hadir ialah Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, Presiden Filipina Benigno S Aquino III, Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha, Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung, Perdana Menteri Laos Thongsing Thammavong, Perdana Menteri Kemboja Hun Sen, Presiden Indonesia Joko Widodo, Presiden Myanmar U Thein Sein dan Sultan Brunei Sultan Hasanal Bolkiah.
Najib percaya usaha baik akan berterusan antara ASEAN dan India menerusi guna pakai Pelan Tindakan Baharu (2016-2020) pada sidang kemuncak ini bagi meningkatkan lagi kerjasama dalam politik, keselamatan, ekonomi dan sosiobudaya.
Beliau berkata pencapaian itu seiring dengan cita-cita Malaysia untuk merapatkan lagi ASEAN dengan penduduknya, namun mengingatkan mereka agar tidak leka memandangkan cabaran-cabaran baharu akan terus muncul dalam perjalanan menuju kejayaan.
"Dengan semua kejayaan yang kita capai, kita tidak harus leka, kita harus ingat akan cabaran-cabaran lebih hebat yang menuntut sikap dan komitmen penuh kita," katanya.
Bernama
Sat Nov 21 2015
MODI: Kerjasama India dengan Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam dalam projek pembangunan keupayaan juga akan berkembang menerusi Dana Pembangunan Projek. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
Vicente yakin Malaysia layak ke Piala Asia 2027
Vicente yakin skuad Harimau Malaya mampu layak ke Piala Asia 2027 meskipun berdepan cabaran sengit pasukan pilihan, Vietnam, pada saingan peringkat kumpulan kempen kelayakan tahun depan.
Ringgit ditutup sedikit rendah pada waktu ketidaktentuan Timur Tengah, menjelang data CPI AS
Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa kerana pelabur berhati-hati di tengah-tengah ketidaktentuan yang berterusan di Timur Tengah.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Ringgit ditutup rendah susulan aktiviti membeli dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila senarai data gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) yang kukuh dan kejatuhan kerajaan Syria merangsang belian mata wang AS itu.
MOF tumpu percukaian progresif, belanjawan mampan bagi utamakan sektor kritikal
Kementerian Kewangan (MOF) akan menumpukan aspek percukaian progresif bagi memastikan keadilan dan belanjawan yang mampan untuk mengutamakan sektor-sektor kritikal negara.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Usahawan MARA diseru manfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Usahawan Majlis Amanah Rakyat (MARA) diseru memanfaatkan platform Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi mengetengahkan dan mempromosikan produk mereka ke peringkat antarabangsa.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia akan manfaatkan untuk perkasakan belia
Malaysia akan memanfaatkan peranan sebagai Pengerusi ASEAN 2025 bagi memperkasakan agenda belia.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
MATRADE perkasa syarikat pertengahan dengan misi penerapan pasaran ke Vietnam
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengetuai lima syarikat peringkat pertengahan tempatan (MTC) untuk mengikuti Misi Penyerapan Pasaran ke Vietnam.