PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memaklumkan bahawa laluan di antara Senawang dan Pedas Linggi di Lebuhraya Utara-Selatan yang ditutup sementara berikutan tumpahan asid telah dibuka semula secara berperingkat kepada semua kenderaan mulai jam 1:10 tengahari ini.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang menghala ke Utara dan Selatan kini boleh menggunakan laluan terbabit seperti biasa.
Pada masa yang sama, PLUS menasihatkan pengguna supaya mengikuti perkembangan trafik terkini melalui Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile atau aplikasi Waze atau Google Map.
Terdahulu dilaporkan, jalan ditutup ekoran sebuah lori yang membawa kandungan asid terbalik di kilometer 251.6 Lebuh Raya PLUS sekitar jam 3 pagi.
Susulan itu, laluan ke Melaka bermula dari Seremban sehingga ke Plaza Tol Senawang ditutup arah ke Melaka bagi kerja-kerja pembersihan oleh pasukan HAZMAT.
Pemandu lori berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan teruk dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia akibat terhidu gas beracun akibat asid yang tumpah.
Kemalangan berlaku dikatakan kerana pemandu lori cuba mengelak sebuah kereta.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Ja'afar untuk bedah siasat.
Azyyati Ahmad
Sat Aug 12 2017
PLUS menasihatkan pengguna supaya mengikuti perkembangan trafik terkini melalui Twitter PLUSTrafik, aplikasi PLUS Mobile atau aplikasi Waze atau Google Map.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Asid tumpah: Laluan Senawang-Pedas Linggi kini dibuka semula secara berperingkat
Laluan di antara Senawang dan Pedas Linggi yang ditutup sementara berikutan tumpahan asid telah dibuka semula secara berperingkat.