VAKSIN keluaran AstraZeneca khusus bagi menangani varian baharu COVID-19 yang ditemui di Afrika Selatan dijangka sedia hujung tahun ini.

Perkara itu disahkan pegawai kanan syarikat farmaseutikal berkenaan.

Sarah Walters memakllumkan vaksin AstraZeneca sedia ada kurang berkesan ke atas varian yang lebih mudah dijangkiti yang dikesan di Afrika Selatan.

Bagaimanapun data dikumpul adalah terlalu kecil untuk dikaji.

Ketika ini AstraZeneca menjalankan sedikit pengubahsuaian ke atas vaksin sedia ada.

AstraZeneca masih lagi berdepan isu dengan penghantaran bekalan kepada Kesatuan Eropah.

Ia jangkakan komitmen kepada blok itu akan dipenuhi tahun ini.