Astro AWANI LINC lancar program digital kesihatan 'Health Matters'

Ehsan A Marisah
Julai 3, 2021 03:30 MYT
Health Matters akan menampilkan tetamu jemputan daripada pelbagai latar belakang termasuk pakar kesihatan, doktor perubatan, penyelidik, pesakit dan ramai lagi.
KUALA LUMPUR: Astro AWANI | LINC melancarkan program digital baharu, Health Matters yang akan memfokuskan kepada perbincangan dunia kesihatan.
Dihoskan oleh penyampai Astro AWANI, Dishen Kumar, dan Pengamal Perubatan Am Swasta yang terkenal di media sosial, Dr. Sandra Raman, program tersebut akan memberikan pendidikan secara menyeluruh mengenai kebaikan dan keburukan terhadap kesihatan tubuh badan termasuk persekitaran kehidupan.
Dalam pada itu, ia turut bertujuan memberikan kesedaran akan pentingnya untuk mengamalkan gaya hidup sihat, memahami mitos-mitos kesihatan selain menyampaikan fakta sebenar kesihatan kepada masyarakat.
Health Matters akan menampilkan tetamu jemputan daripada pelbagai latar belakang termasuk pakar kesihatan, doktor perubatan, penyelidik, pesakit dan ramai lagi.
Sertailah kami pada episod pertama yang bertajuk 'Get That Baby! Tips for those trying to conceive' yang bakal menampilkan Pengarah Perubatan, Pakar Kesuburan dan Pakar Sakit Puan, Sophea Fertility Center, Dr Norazlin Rosli pada 6 Julai ini, jam 9 malam.
Anda juga boleh mengemukakan soalan kepada tetamu jemputan dan berkongsi cerita serta pengalaman anda kepada kami selain mendapatkan penerangan terperinci daripada pakar.
Daftar sekarang di www.linc.astroawani.com.
Sekiranya terlepas sesi tersebut, anda boleh mengikutinya di tab ulang siar (playback) di laman web linc.astroawani.com.
#Astro Awani #LINC #health matters #kesihatan #dishen kumar #Sandra Raman #gaya hidup #pandemik #Pakar Kesihatan #perubatan