PUTRAJAYA: Saluran berita Astro AWANI berjaya merangkul Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2021 bagi kategori media elektronik pada Selasa.
Menerusi artikel bertajuk 'Rasuah terapung di tengah laut' hasil terbitan Izwar Muzzani Abdul Wahid, Astro AWANI membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000 berserta trofi.
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam Majlis Anugerah Media SPRM yang berlangsung di Dewan Serbaguna SPRM, di sini.
Terdahulu, Azam dalam ucapannya turut menzahirkan penghargaan kepada media dalam memberi kerjasama serta pendedahan mengenai salah laku dan rasuah di negara ini.
Jelasnya, media memainkan peranan penting dalam memantau dan advokasi kepada masyarakat sementara pihak perundangan dan penguatkuasa pula menjalankan tugas mereka dalam menangani isu terbabit.
BACA: [LAPORAN KHAS]: Rasuah terapung di tengah laut
"Kerjasama sebegini amat dialu-alukan dan SPRM amat menghargainya selari dengan tema Anugerah Media SPRM 2021 pada kali ini “Bersama Membanteras Rasuah” dan SPRM mengiktiraf media sebagai institusi yang begitu penting dalam amalan sistem demokrasi negara ini.
"Dalam sistem demokrasi, media adalah kuasa atau tunjang keempat yang memainkan peranan memantau dan advokasi; sementara badan perundangan menggubal undang-undang, badan eksekutif melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang, dan badan kehakiman menguruskan proses keadilan," katanya.
Tambah Azam, sebanyak 24 penyertaan daripada agensi media tempatan tahun ini, iaitu 14 daripadanya bagi kategori media elektronik dan 10 penyertaan kategori media cetak.
Fareez Azman
Tue Jun 14 2022
Saluran berita Astro AWANI berjaya merangkul Anugerah Media Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2021 bagi kategori media elektronik pada Selasa. - Foto Astro AWANI
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Bekas tokoh Bersih lancar Projek SAMA, tingkat akauntabiliti
Tujuh bekas BERSIH pada Sabtu melancarkan sebuah organisasi yang memperjuangkan reformasi institusi dikenali sebagai Projek SAMA.
#AWANI745
#AWANI745
[TERKINI] Dua polis bsi ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru ditahan bagi membantu siasatan kes pemerasan membabitkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Laporan polis terhadap Chegubard, Salim Iskandar dan Papagomo atas tuduhan palsu - MCMC
MCMC memaklumkan laporan polis itu dibuat berdasarkan kandungan yang dimuat naik oleh ketiga-tiga individu berkenaan di media sosial pada 17 April lepas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Parti komponen BN perlu bantu calon Kerajaan Perpaduan - Mohamad Hasan
Mohamad Hasan berkata ini kerana BN menghormati sistem yang diperakukan sebelum ini bahawa parti penyandang akan diberi keutamaan untuk meletakkan calon bertanding dalam PRK.
Astro AWANI menang Anugerah Media SPRM 2021
Kemenangan menerusi artikel bertajuk 'Rasuah terapung di tengah laut'.