KUALA NERUS: Tindakan menggantung keahlian individu tertentu dalam UMNO bukan disebabkan kelantangan mengkritik mana-mana pemimpin, sebaliknya kerana melanggar tatasusila dan disiplin parti.
Ketua Pemudanya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua pihak boleh berbeza pandangan mahu pun mengkritik kepemimpinan tertinggi termasuk presiden.
Menurut Asyraf Wajdi, UMNO menggantung keahlian Exco Pemuda, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo selama enam tahun berkuat kuasa 27 Ogos lalu selepas didapati melanggar perlembagaan parti.
"Jadi tak timbul soal tidak diberikan nasihat, peringatan. Sebagai ketua, sebagai 'abang yang sulung', sudah tentu saya bertanggungjawab untuk memberikan nasihat dan peringatan apabila mendapat laporan.
"Sudah ada laporan yang dibuat oleh akar umbi. Ini bukan laporan yang dibuat oleh kepimpinan; ini bukan laporan yang dibuat oleh presiden atau timbalan presiden.
"Sudah tentu apabila adanya aduan, dia akan disiasat oleh badan bebas, lembaga disiplin adalah badan bebas," kata Asyraf Wajdi.
Asyraf Wajdi berkata, hak sebagai seorang ahli tetap terjamin dalam perlembagaan parti dan individu yang digantung keahlian boleh merayu kepada Lembaga Disiplin.
Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan loji rawatan air bergerak di Dataran Jeram Hulu, Kuala Nerus.
Nur Fazlizai Ali
Fri Sep 03 2021
ASYRAF WAJDI: Sudah ada laporan yang dibuat oleh akar umbi. Ini bukan laporan yang dibuat oleh kepimpinan; ini bukan laporan yang dibuat oleh presiden atau timbalan presiden. -Gambar fail
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Kenyataan tular gantung keahlian Ketua Penerangan Pas Perlis palsu - Takiyuddin
Beliau menjelaskan sebarang tindakan yang perlu dilakukan masih dalam pemerhatian parti.
Bersatu gantung keahlian Ahli Parlimen Labuan selama enam tahun
Jawatankuasa Lembaga Disiplin Bersatu menggantung keahlian dan semua jawatan Ahli Parlimen Labuan Datuk DSuhaili Abdul Rahman dalam parti itu bagi tempoh enam tahun berkuat kuasa hari ini.
Tindakan gantung Shahelmey dalam UMNO dibuat secara dalaman - Zahid
Penggantungan keahlian UMNO yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Putatan Datuk Shahelmey Yahya dibuat secara dalaman.
UMNO gantung keahlian Noh Omar selama enam tahun
Majlis Kerja Tertinggi UMNO (MKT) membuat keputusan untuk menggantung keahlian bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang Tan Sri Noh Omar daripada parti itu selama enam tahun.
PRU15: Tindakan UMNO gantung keahlian dua Ketua Wanita tidak wajar - Ismail Abd Muttalib
Ismail menasihatkan pimpinan tertinggi UMNO untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan ekoran isterinya, Datin Seri Fatimah Kassim diundi perwakilan ketika pemilihan parti.
Pecat, gantung keahlian keputusan kolektif UMNO - Zahid Hamidi
Tindakan itu diputuskan secara bersama demi kemaslahatan UMNO kerana sebarang anasir termasuklah anasir dalaman.
Selesai bertemu Lembaga Disiplin UMNO, MKT akan tentukan nasib Tun Faisal
Tiada keputusan baharu dibuat berhubung penggantungan itu dan pertemuan selama satu jam itu hanya melibatkan perbincangan dan hujah beliau untuk kes tersebut.
Asyraf Wajdi nafi tindakan gantung keahlian disebabkan kelantangan mengkritik
Asyraf Wajdi Dusuki berkata semua pihak boleh berbeza pandangan mahu pun mengkritik kepemimpinan tertinggi termasuk presiden.
'Yang buat jajaran baharu tak kena, yang bersuara pula kena tindakan' - Tun Faisal
Menurutnya, apa yang disuarakan sebelum ini berupa cadangan kepada Ahmad Zahid dan bukannya kritikan.
Ketua PKR Jempol antara 26 keluar parti
Kumpulan itu turut menyokong penuh kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.