Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sentiasa bersedia menggerakkan anggotanya ke kawasan tertentu di negara ini bagi mengawasi ancaman serangan kumpulan Daish jika diarahkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, isu keganasan Daish ini memerlukan perbincangan yang teliti dan keperluan untuk melibatkan anggota tentera perlu diputuskan oleh MKN yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Dalam membanteras jenayah, anggota tentera memang telah lebih awal terlibat dengan anggota polis membuat rondaan di bawah Strategi Lautan Biru dan kerjasama anggota tentera dengan polis memang tidak jadi masalah.
"Keputusan untuk melibatkan anggota tentera (untuk menghadapi serang Daish) bukan di bawah kita tetapi MKN yang akan menentukan, kita tunggu arahan dan bersandarkan kepada undang-undang negara," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Hala Tuju Kementerian Pertahanan, di sini hari ini.
Beliau ditanya pemberita sama ada ATM akan mengerahkan anggotanya mengawasi kawasan-kawasan tertentu dalam negara susulan serangan di Jakarta baru-baru ini.
Mengenai ancaman Daish, Hishammuddin berkata pihaknya telah melakukan siapsiaga menerusi Kor Risik dan Unit Anti Keganasan ATM yang sudah lama bergerak serta bekerjasama dengan semua pasukan keselamatan.
Katanya, kementerian turut menjalankan diplomasi pertahanan dengan negara-negara tertentu dan mengadakan perkongsian maklumat dengan negara-negara yang telah lama menghadapi ancaman ini.
"Ancaman Daish ini bukan sahaja kita tetapi dunia juga berusaha untuk menanganinya. Kita mesti tangani bersama di mana hubungan dengan negara-negara tertentu mesti diperkukuh," katanya.
Bernama
Sun Jan 17 2016
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika sidang media Program Halatuju Kementerian Pertahanan 2016 di sebuah hotel hari ini. urut hadir Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Mohd Johari Baharum (kanan). - Foto BERNAMA
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
ATM laksana lima tindakan jangka panjang tangani kes penganiayaan di ALK
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melaksanakan lima tindakan jangka panjang bagi menangani kes penganiayaan dalam kalangan pegawai kadet Akademi Latihan Ketenteraan (ALK).
Banjir: Keselamatan sempadan negara di tahap tertinggi - Ahmad Zahid
Beliau berkata kawalan di sempadan tetap berjalan seperti biasa membabitkan penugasan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
[KOLUMNIS] Perolehan aset terpakai: Pilihan praktikal pertahanan
Pembelian aset terpakai ini terbukti mampu menawarkan jalan tengah yang pantas dan efektif.
Penceramah motivasi dakwa diugut, dikasari pegawai kaunseling ATM
Seorang penceramah yang juga pesara pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) membuat laporan polis selepas mendakwa diugut dan dikasari pegawai ATM pada satu program ceramah motivasi di Dewan Tun Templ
Enam anggota MALBATT yang cedera selamat tiba di Kem Marakah - ATM
ATM berkata, Pasukan UNIFIL sedang menyiasat serangan letupan di Beirut pada Khamis yang melibatkan konvoi MALBATT 850-12.
ATM siasat dakwaan pegawai UPNM ditekap seterika oleh senior
ATM menegaskan siasatan akan dilaksanakan dengan terperinci dan tidak akan melindungi serta berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat.
56 petugas media tempatan selami kehidupan anggota TUDM selama 24 jam
Antara aktiviti dan cabaran yang dilaksanakan sepanjang dua hari program berlangsung ialah 'Menembak Raifal dan Pistol', 'Latihan Merentas Halangan dan Latihan Menara Abseiling.
Kontrak sewa Black Hawk mungkin terbatal
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata pihak ATM akan mencari alternatif lain bagi menggantikan kontrak sewaan berkenaan.
MCMC, ATM jalin kerjasama tambah baik liputan jalur lebar 73 kem
MCMC dan ATM jalin kerjasama strategik bagi menambah baik liputan jalur lebar menerusi pembangunan infrastruktur gentian optik di 73 kem tentera seluruh negara.
Penduduk Perlis diingatkan bersiap sedia, air pasang besar cecah 3.7 meter dijangka berlaku
Penduduk di Perlis terutama bagi kawasan Kangar dan Arau diingatkan bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan banjir besar.