KUALA LUMPUR: Pengurusan tertinggi Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) diarah untuk mengambil langkah segera terhadap dapatan Laporan Ketua Audit Negara 2021 baru-baru ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ia termasuk memfokuskan kepada aspek ketirisan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa.
"Tidak banyak ketirisan yang berlaku (dalam KKDW) dan saya memberitahu mesyuarat pengurusan tertinggi KKDW bahawa kita mesti mengambil langkah segera untuk mengatasi dapatan audit yang memfokuskan kepada beberapa perkara antaranya ketirisan dan penyelewengan.
"Perkara ini mesti diberikan tumpuan segera oleh pengurusan tertinggi dan pegawai," katanya pada sidang media selepas menghadiri Taklimat Felcra yang disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Felcra Datuk Mat Roni Zakaria di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilapor berkata bahawa semua menteri mesti meneliti setiap teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2021, terutama melibatkan perkara berulang yang tidak ditangani.
Anwar berkata penelitian itu termasuklah perbelanjaan, ketirisan dan perolehan yang tidak menepati syarat serta peraturan.
Mengulas perkembangan isu pelantikan semula bekas Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra, Ahmad Zahid berkata ia akan diselaraskan dengan pelantikan pengerusi di semua agensi lain.
Pada 16 Dis lepas, Ahmad Zahid memaklumkan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra selepas mengambil kira kehendak perwakilan Koperasi Peserta-Peserta Malaysia Bhd, bagaimanapun Perdana Menteri mengumumkan pelantikan semula itu ditangguhkan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jan 19 2023
Zahid berkata, ia termasuk memfokuskan kepada aspek ketirisan, penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa. - Gambar fail
KL20: Shariah-compliant startup revolution
Ringgit dibuka rendah berikutan dolar kekal tinggi menjelang data KDNK AS
Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.7825/7870 berbanding dolar AS daripada 4.7765/7780 ketika ditutup pada Rabu.
AWANI Ringkas: Mangsa nahas helikopter dikebumi hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
Buruh ladang warga Indonesia maut dipanah petir
Mangsa dikenali sebagai Kamarudin,40, berasal dari Montong Berore, Mataram, Lombok disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
OpenAcademy: How microlearning transforms Malaysia's work landscape?
OpenAcademy, a Malaysian ed-tech startup, directly addresses the critical need for workforce upskilling in Malaysia. Their user-friendly mobile platform delivers microlearning modules focused on practical, industry-relevant digital skills. This empowers Malaysians at all career stages to enhance their skill sets and remain competitive in the evolving digital landscape.
The future of Malaysia's semiconductor industry
The Investment, Trade and Industry Ministry (MITI) will draw up a comprehensive strategic semiconductor plan to ensure that malaysia remains the chosen investment destination for this strategic industry. What role does Malaysia currently play in the global semiconductor supply chain, and how do you see this evolving in the coming years?
Mesyuarat PAC: Teliti projek penyelidikan, isu industri sawit negara
MPOB komited untuk menangani isu-isu industri dengan berkesan di samping memperhebat usaha penyelidikan dan pembangunan.
Bantahan perang di Gaza meningkat di universiti, kolej AS
Penunjuk perasaan mendesak agar dihentikan korban awam di Gaza yang kini mencecah lebih 34,000.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
RM57.15 juta untuk tingkat pengeluaran getah asli negara melalui Petara - Zahid
KKDW melalui RISDA memperuntukkan RM57.15 juta sebagai permulaan usaha meningkatkan pengeluaran hasil getah asli negara, melalui program Petara.
KEDA perlu utamakan keberkesanan projek dilaksanakan - Ahmad Zahid
Peruntukan besar yang disalurkan kerajaan Persekutuan kepada Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) harus disusuli dengan keberhasilan dan keberkesanan projek yang dilaksanakan.
KKDW laksana pemasangan lampu LED solar jalan kampung tahun ini - Rubiah Wang
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) bersetuju melaksanakan projek pemasangan lampu LED solar di bawah projek Lampu Jalan Kampung (LJK) bermula tahun ini.
Bimbang data bocor punca pendaftaran PADU warga KKDW rendah
Kebimbangan terhadap kerahsiaan butiran peribadi antara faktor yang menyumbang kepada pendaftaran PADU yang rendah dalam kalangan warga KKDW.
KKDW pantau KPI 100 syarikat, agensi - Ahmad Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) membuat pemantauan terhadap petunjuk prestasi utama (KPI) yang membabitkan 100 syarikat dan anak syarikat di bawah kementerian itu.
Kerjasama strategik Felda, KKDW dimensi baharu selaras enam bidang tumpuan
Kerjasama strategik antara Felda dan KKDW merupakan satu dimensi baharu dalam mengenal pasti serta menyelaras enam bidang tumpuan.
KKDW keluarkan borang bantu pendaftaran PADU masyarakat luar bandar
Perkara itu akan dilakukan dengan menggerakkan pihak Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dan ketua-ketua kampung bagi membantu golongan berkenaan.
KKDW tumpu usaha tingkatkan hasil jualan usahawan desa kategori piko
Kementerian Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) pada tahun ini antara lain akan memfokus kepada usaha membantu usahawan desa kategori piko meningkatkan hasil jualan masing-masing.
Kongres Ekonomi Bumiputera di Putrajaya pada 29 Februari hingga 2 Mac ini
Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) akan diadakan sebagai usaha menetapkan hala tuju dan pendekatan baharu agenda Bumiputera.
Kerjasama rapat antara agensi elak pertindihan usaha noktah kemiskinan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerjasama lebih 'rapat' antara pelbagai agensi dapat mengelakkan pertindihan dalam usaha kerajaan menoktahkan kemiskinan tegar.