KUALA LUMPUR: Sejauh mana anda boleh pergi dengan menggunakan teknologi Kenderaan Elektrik (EV) untuk sampai ke satu-satu destinasi?

Berapakah jumlah stesen pengecasan yang tersedia untuk pengguna EV di setiap negeri di Malaysia?

Here Technologies, sebuah platform data dan teknologi lokasi terkemuka telah membangunkan dua peta interaktif bagi memudahkan urusan pengguna berkaitan EV di Malaysia.

Dengan adanya peta interaktif ini, para pencinta alam sekitar tidak lagi perlu bimbang tentang lokasi stesen pengecasan sekiranya ingin memandu di sekitar negara termasuk Singapura.

Buat masa ini, hanya 10 negeri yang disenaraikan dalam peta interaktif tersebut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Sarawak.

Ia juga memaparkan peta interaktif untuk membolehkan pengguna membandingkan sejauh mana mereka boleh pergi dari mana-mana tempat di Malaysia (dan Singapura) mengikut kepada tiga jenis kenderaan bersaiz: (kompak dan hatchback), (sederhana) dan (pikap dan SUV).

Buat masa ini, hanya 10 negeri yang disenaraikan dalam peta interaktif tersebut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Sarawak.

Malah Menurut Pengarah Kanan dan Ketua Perniagaannya, Abhijit Sengupta, dengan teknologi ini, perancang bandar turut mendapat manfaat dengan menentukan lokasi yang masih belum mempunyai pusat pengecasan mencukupi mengikut kepada kepadatan penduduk sesuatu tempat.

Buat masa ini, hanya 10 negeri yang disenaraikan dalam peta interaktif tersebut melibatkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kedah, Pahang, Pulau Pinang, Perak dan Sarawak.

Dengan pengecualian cukai jalan, duti import, eksais sebagai memberi galakan lebih ramai pengguna EV, terdapat kira-kira 500 EV dan 600 titik pengecasan disediakan di Malaysia setakat Mac 2022.