KUALA LUMPUR: Kawasan rekreasi dan ekopelancongan yang mempunyai air terjun dan sungai kini kembali menjadi tumpuan ramai sebaik sahaja Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) dilonggarkan bagi beberapa negeri termasuk di Lembah Klang.
Namun, dalam keterujaan bermandi-manda di kawasan rekreasi berkenaan, ada yang alpa terhadap aspek keselamatan menyebabkan isu kes lemas di sungai dan air terjun menjadi bahan berita saban hari.
Antaranya, di Hulu Selangor sahaja, sudah ada dua kes terperangkap di sungai akibat fenomena kepala air iaitu pada 17 September dan 19 September lalu.
Insiden itu membabitkan tujuh orang lelaki di Sungai Kedondong, Batang Kali dan seorang lelaki terperangkat selama kira-kira 20 minit di seberang sungai dekat Jalan Batang Kali-Genting.
Susulan daripada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengenal pasti lapan lokasi yang sering menjadi tumpuan orang ramai dan mengistytiharkan sebagai kawasan berisiko berlaku ancaman fenomena kepala air terutama ketika musim hujan di Hulu Selangor.
Namun, masih ada yang mencuri-curi menyelinap ke dalam hutan untuk beriadah di kawasan air terjun seperti yang dilaporkan oleh media tempatan pada Selasa 28 September lepas. Dalam laporan itu, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menahan 56 orang individu yang mendaki Air Terjun Setinggi, Hutan Simpan Serendah tanpa kebenaran pada 25 September lepas.
Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (Nahrim), Datuk Dr Md Nasir Md Noh ketika memberi pandangan mengenai fenomena kepala air berkata, kebanyakan kawasan sungai di Malaysia berisiko tinggi untuk berlakunya fenomena sedemikian, terutamanya ketika hujan lebat.
"Apatah lagi dengan perubahan iklim yang sedang melanda dunia termasuk negara kita sekarang, yang menyebabkan perubahan iklim berlaku dengan ekstrim dan sukar dijangka. Mungkin kita lihat pada tengah hari cuaca baik tetapi ia boleh berubah dalam sekelip mata dengan taburan hujan yang tinggi.
"Rujuk kepada ramalan cuaca sebelum merancang kunjungan ke kawasan ekopelancongan bersama keluarga. Bersedia dengan peralatan keselamatan dan kenal pasti kawasan dikunjungi berisiko ataupun tidak," katanya ketika sesi webinar 'Fenomena Kepala Air Dalam Kawasan Ekopelancongan' anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Webinar itu turut menampilkan ahli panel lain iaitu Timbalan Pengarah Pusat Serantau Tropika Lembap Hidrologi dan Sumber Air Bagi Asia Tenggara dan Pasifik, Jabatan Pengaliran dan Saliran Dr Norlida Mohd Dom dan moderator Pengarah Bahagian Forest Eco-Park dan Hutan Taman Negeri JPSM, Mohd Yussainy Md Yusop.
Menurut Md Nasir, kejadian kepala air berlaku apabila tanah yang lemah mendapat beban atau diganggu dan tepu dengan air, mengalir ke cerun sebagai tindak balas graviti apabila hujan lebat.
"Kebiasaannya, aliran puing ataupun debris flow ini bermula dari hulu di kawasan pergunungan, mempunyai halaju (hala laju) yang tinggi iaitu 14 hingga 15 meter sesaat terutamanya di kawasan ekopelancongan, dan menyebabkan perubahan morfologi signifikan di sepanjang dasar sungai dan lereng gunung.
"Apabila fenomena kepala air berlaku, ia akan membawa kepada kerosakan harta benda dan kehilangan nyawa seperti mana yang berlaku di Gunung Jerai, Kedah pada 18 Ogos lalu," katanya.
Beliau menambah, kebiasaannya, fenomena kepala air boleh dikesan melalui beberapa tanda awal, antaranya perubahan warna air daripada jernih kepada gelap atau kehitaman, aliran air tenang bertukar deras selain sampah-sarap berkumpul di satu tempat.
"Kepala air ini dalam lima hingga 10 minit boleh naik satu hingga dua meter, air daripada dua meter sesaat boleh naik sehingga 10 meter sesaat, sangat laju.
"Ada kalanya akan kedengaran bunyi letupan kuat, sama ada akar pokok tidak stabil, menyebabkan tanah pecah dan pokok tumbang. Apa yang berlaku kemudiannya kayu dan sisa akan menuju ke arah mereka.
"Jika terdengar bunyi letupan kuat ataupun apa-apa bunyi kuat luar biasa ketika bermandi-manda di sungai atau air terjun, segera tinggalkan kawasan sungai itu demi keselamatan," nasihat beliau.
Nahrim, menurut Md Nasir sedang mengkaji keberkesanan teknologi Empangan Sabo yang digunapakai di luar negara seperti Jepun, Indonesia, Nepal dan Filipina sebagai struktur mitigasi bencana kepala air dan pencegahan hakisan di kawasan-kawasan berisiko tinggi.
"Kami turut berhubung dengan Kedutaan Jepun dan Institut Pendidikan di Jepun untuk membantu mengenal pasti kawasan sesuai untuk dipasang. Setakat ini, dua kawasan yang dicadangkan iaitu di kaki Gunung Kinabalu, Sabah dan Yan, Kedah.
"Antara kelebihan pemasangan Empangan Sabo adalah mengawal aliran kayu, batu dan sedimen, menstabil tebing dan dasar sungai, memelihara cerun dan biodiversiti serta untuk keselamatan setempat.
"Faktor pemilihan lokasi pembinaan Empangan Sabo adalah alur sungai relatif yang lurus dan lebar, tebing sungai yang tinggi dan kebolehupayaan tanah yang baik, " katanya.
Md Nasir berkata, Pelan Pengurusan dan Pemantauan secara bersepadu dalam pengurusan kejadian kepala air perlu diwujudkan di Taman Eko Rimba dan Hutan Taman Negeri bagi menangani fenomena itu dengan berkesan.
Antara tindakan yang disyorkan menerusi pelan ini adalah memasang papan tanda amaran kejadian kepala air, sistem ramalam dan amaran secara 'real-time', serta sistem pemantauan sensor pergerakan tanah dan CCTV bagi pengesanan awal di kawasan kritikal.
"Selain itu, perlu dibangunkan Debris Flow Forecasting and Warning System dan mewujudkan kumpulan pasukan petugas untuk memantau kejadian kepala air," katanya, sambil menambah, kaedah pelan pencarian, menyelamat serta pemindahan semasa kejadian kepala air perlu disediakan mengikut kepentingan dan keselamatan pelancong serta penduduk setempat.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyarankan pembinaan lorong kecemasan untuk pengunjung melarikan diri dari kawasan sungai atau air terjun yang berlaku kejadian kepala air serta perkongsian data dengan kerjasama pelbagai agensi.
Sementara itu, Pengurus Program Pemuliharaan Sungai, Pusat Alam Sekitar Global (GEC), Dr K. Kalithasan ketika dihubungi Bernama berkata kejadian kepala air akan menjadi lebih buruk sekiranya sungai dan kawasan ekopelancongan dipenuhi dengan sampah sarap.
"Ketika kejadian kepala air berlaku, air akan mengalir deras dan turut menghayutkan kayu balak, sampah dan tersangkut di lintasan menyebabkan air sungai melimpah ke kawasan penempatan berdekatan lalu berlakunya banjir.
"Jika aktiviti manusia seperti pembalakan, pembangunan dan kawasan ekopelancongan yang menganggap sungai itu sebagai tempat pembuangan sampah, ia bukan sahaja merosakkan landskap persekitaran malah akan memburukkan sebarang bencana yang berlaku akibat hujan lebat," katanya.
Justeru, beliau mencadangkan supaya taman eko rimba, hutan simpan dan kawasan ekopelancongan memulangkan balik bayaran tiket masuk kepada mana-mana pengunjung yang dapat membawa sampah-sarap pulang selepas aktiviti beriadah.
"Selain penguatkuasaan undang-undang dan menyediakan kemudahan tong sampah, cara ini juga boleh memupuk kesedaran masyarakat untuk membersihkan kawasan sungai selepas beriadah kerana jika ada kemudahan dan penguatkuasaan sekali pun, tabiat membuang sampah merata-rata masih lagi wujud.
"Sebagai contoh, kawasan ekopelancongan boleh mengenakan tiket masuk sebanyak RM10 setiap pengunjung dan sekiranya mereka dapat membawa pulang sampah-sarap mereka dan membersihkan kawasan sungai selepas beriadah, mereka boleh mendapat bayaran balik, mungkin RM8. Ini bermakna caj tiket masuk hanya RM2, " katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 30 2021
Ada yang alpa terhadap aspek keselamatan menyebabkan isu kes lemas di sungai dan air terjun menjadi bahan berita saban hari. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Laporan kubur besar Gaza membimbangkan' - Jurucakap AS
Pekerja kesihatan Gaza menemui sekurang-kurangnya 283 mayat dalam satu kubur besar di Hospital Nasser di bandar selatan Khan Younis.
PETRA di landasan tepat capai 98 peratus liputan air bersih, pembentungan di luar bandar
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berada di landasan tepat untuk mencapai 98 peratus liputan air bersih dan pembetungan di kawasan luar bandar menjelang akhir 2025.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Hafizul terlibat kes tembak KLIA akan didakwa hari ini
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu.
Laporan kubur besar Gaza membimbangkan - Jurucakap AS
Laporan mengenai kubur besar di Gaza adalah sangat membimbangkan.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
Timbalan Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata demikian susulan Pihak berkuasa Palestin melaporkan menemui ratusan mayat dalam kubur besar di hospital Nasser di Khan Younis minggu ini selepas ia ditinggalkan oleh tentera Israel.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah
Serangan tentera Israel yang membawa kemusnahan ke atas Semenajung Gaza memasuki hari ke-200 diburukkan lagi dengan rancangan Israel.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Dengan kejam rejim itu sedang dalam perancangan untuk menyerang Bandar Rafah di selatan Gaza yang menempatkan hampir 1.4 juta warga Palestin yang kehilangan tempat tinggal.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Polis sedang mengesan tiga lelaki tempatan kerana disyaki membakar seekor anak kucing di kawasan tempat letak motosikal Flat Sri Kenari, Sungai Ramal Baru, Kajang, dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
Perbelanjaan ketenteraan global cecah AS$2.44 trilion tahun 2023
Institut Penyelidikan Keamanan Antarabangsa Stockholm mendedahkan, perbelanjaan ketenteraan global meningkat sebanyak 6.8% kepada paras tertinggi dalam sejarah iaitu AS$2.44 trilion pada 2023, berbanding 2022.
Polis giat kesan tiga lelaki bakar anak kucing di Kajang
Perbuatan berkenaan dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi berkenaan.
'Jeram Air Putih bukan tempat berkelah' - Penduduk
Kawasan jeram berkenaan tidak sesuai untuk melakukan sebarang aktiviti air terutama mandi-manda ketika musim hujan.
Henti sementara aktiviti rekreasi, berkelah di kawasan berisiko - Bomba
Orang ramai diminta untuk menghentikan sementara aktiviti rekreasi dan perkelahan terutama di kawasan yang berisiko lemas dan kerap berlaku fenomena kepala air ketika musim tengkujuh ini.
Pengunjung kawasan air terjun Hulu Selangor perlu peka cuaca, tanda kepala air
Kepala air berlaku apabila hujan lebat terjadi di bahagian hulu sungai walaupun cuaca di lokasi orang ramai mandi adalah baik.
Bomba kenal pasti 21 lokasi berisiko kepala air seluruh Terengganu
Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu mengenal pasti 21 pusat peranginan dan perkelahan di seluruh negeri yang berisiko dilanda fenomena kepala air.
Dua empangan sabo akan segera dibina di Gunung Inas - Sanusi
Ia bagi memperlahankan aliran air sungai dan menyekat aliran puing yang boleh mengakibatkan berlaku fenomena kepala air di kawasan berpenduduk.
Banjir Baling: Laporan penuh dijangka dibentang minggu depan
Bencana itu diberikan keutamaan supaya jalan penyelesaian dapat segera dicari bagi mengelakkan tragedi sama berulang.
Lebih banyak struktur sabo dibina kurangkan risiko banjir puing - PM
Kerajaan bercadang untuk membina lebih banyak 'struktur sabo' di seluruh negara dalam usaha untuk mengurangkan risiko banjir puing seperti yang berlaku di Baling, Kedah baru-baru ini.
KPLB akan bina semula rumah 17 keluarga mangsa banjir Baling di tanah KEDA
Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) akan membina rumah baharu bagi 17 keluarga yang hilang tempat tinggal dalam kejadian banjir dan fenomena kepala air di Kupang, 4 Julai lepas.
Tidak perlu suruhanjaya, jabatan teknikal sedia ada mampu siasat punca banjir - Takiyuddin
Takiyuddin berkata pelbagai jabatan teknikal yang berkaitan sedang membuat siasatan berhubung perkara itu dan akan membuat 'kesimpulan' serta menentukan punca tragedi itu.
Sistem amaran awal bencana geologi dipasang di Titi Hayun - JMG
Sistem amaran awal bagi mengesan bencana geologi khususnya aliran puing dikenali sebagai EWS telah dipasang di Pusat Peranginan Titi Hayun.