Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali mengakui bahawa kerajaan negeri belum menunaikan manifesto pilihan raya umum (PRU) lepas berhubung tawaran Biasiswa Menteri Besar.
Menurutnya, perkara itu tidak pernah dibawa kepada Jabatan Perbendaharaan Negeri untuk dibincang dan diperhalusi tatacara pelaksanaannya.
"Tiada mekanisme dirangka bagi program biasiswa ini sehingga sekarang.
"Perkara ini sepatutnya perlu dibawa ke dalam perbincangan Jabatan Perbendaharaan Negeri supaya apa yang kita janjikan dapat ditunaikan bergantung kepada kedudukan kewangan.
"Namun, perkara ini tidak berlaku walaupun ia sebahagian daripada manifesto kita, menyebabkan sehingga hari ini tidak ada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya," katanya ketika menjawab soalan Yeo Bee Yin (DAP-Damansara Utama) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, Isnin.
Yeo bertanya mengenai status Biasiswa Menteri Besar kepada rakyat Selangor yang layak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti yang dijanjikan dalam manifesto Pakatan Rakyat dalam PRU lepas.
Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika melancarkan manifesto Pakatan Rakyat bagi PRU ke-13 dilaporkan berkata biasiswa itu akan diberikan kepada pelajar ijazah lanjutan dengan bon kerajaan negeri sebagai usaha membentuk sebuah Bank Pemikir Negeri Selangor.
Sementara itu, Mohd Shafie Ngah (PAS-Bangi) meminta kerajaan Selangor menyediakan tapak bagi membangunkan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya Cina pertama di negeri ini.
"Cadangan pembinaan ini adalah berdasarkan kepada permintaan Persatuan Muslim Cina Malaysia yang mahu sebuah masjid dengan seni bina berkonsepkan budaya Cina.
"Ia juga perlu bagi mengelak salah faham pihak tertentu bahawa Islam itu bagi kaum Melayu sahaja," katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Enakmen Perbekalan 2015 peringkat Jabatan Agama Islam Selangor pada sidang DUN Selangor itu.
Mohd Shafie berkata negeri Melaka, Johor, Perak dan Kelantan telahpun mendirikan masjid berkonsepkan seni bina dan budaya Cina dan sebuah masjid seumpama itu perlu dibina di Selangor bagi menampung permintaan 20,000 masyarakat Cina Muslim di negeri ini.
Bernama
Mon Dec 01 2014
AZMIN: Tawaran Biasiswa Menteri Besar tidak berlaku walaupun ia sebahagian daripada manifesto Pakatan Rakyat, menyebabkan sehingga hari ini tidak ada satu pun peruntukan jelas, tatacara atau mekanisme untuk melaksanakannya.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.