Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali memuji sikap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berani berdepan dengan pengkritiknya.
Malah, katanya, sikap itu jauh lebih baik daripada sikap pemimpin yang hanya menerima sokongan daripada individu atau penerima 'dedak' semata-mata.
"Saya melihat beliau seorang tokoh yang bersedia berdepan dengan pengkritiknya kerana bukan semua pihak atau individu yang ada kekuatan itu.
"Sebagai pemimpin, kita jangan terima penyokong atau penerima 'dedak' sahaja. Sebagai pemimpin, kita mesti mendengar kritikan dan ini kekuatan Tun Dr Mahathir," katanya dalam sidang media selepas melancarkan buku pertamanya bertajuk "Membangun Bangsa" di Pavilion, di sini, hari ini.
Tegasnya, sikap Tun Dr Mahathir itu perlu dicontohi dan dibudayakan semua pemimpin negara ini.
"Mungkin kita tidak bersetuju dengan dia, tetapi dia boleh berdepan dan berhujah. Kalau tradisi ini boleh diteruskan, saya rasa ia tradisi yang sihat sebab kita sebuah negara yang mengamalkan demokrasi, dan pemimpin bersedia dengan kritikan, maka kita kena mendengar pendapat orang lain.
"Ini satu contoh yang menunjukkan walau kita tidak bersetuju dengan seseorang sekali pun, namun kita sedia untuk berdepan," kata Azmin.
Tegas beliau, keberanian berkenaan dilihat tidak ada pada pemimpin negara.
"Lihat sahaja Perdana Menteri, adakah dia berani berdepan dengan pengkritiknya? Dalam Parlimen tidak berani, di luar Parlimen tidak berani. Bagi saya, ini satu penghormatan terhadap keupayaan Tun Dr Mahathir.
"Malah, Tun Dr Mahathir sanggup turun ke mahkamah untuk berdepan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang beliau sendiri pecat. Ini satu kekuatan dan bukan kelemahan. Saya harap lebih ramai pemimpin yang bergelumang dengan pengkritik dan bukan hanya pemakan 'dedak' sahaja," kata beliau lagi.
Azmin berkata demikian ketika mengulas sambutan dingin peserta Konvensyen Reformis Malaysia pada pagi Sabtu di Shah Alam susulan kehadiran Tun Dr Mahathir pada majlis berkenaan.
Bagaimanapun, semasa berucap, tokoh yang pernah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun itu mengakui dia bukanlah orang yang digemari semua dan mahu pengkritiknya yang terdiri daripada aktivis reformasi itu melupakan perkara lampau.
Gerakan Reformasi itu sebelum ini berlaku susulan pemecatan jawatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1998.
Rahimah Abdullah
Sat Feb 25 2017
Mohamed Azmin memuji sikap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) yang berani berdepan dengan pengkritiknya. -Gambar fail/Astro AWANI/Shahir Omar
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.