SIAPA tidak mengenali Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim?
Seorang bekas Menteri Besar ke-14 Selangor yang disingkirkan daripada jawatan pada September 2014 selepas gabungan parti diwakilinya merampas antara negeri terkaya negara pada 2008.
Hakikatnya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sendiri terkejut apabila Abdul Khalid disingkirkan sebagai Menteri Besar pada 2014.
Dunia Abdul Khalid
Abdul Khalid dilahirkan pada tahun 1946 di Kampung Jalan Raja Abdullah, Jeram, Batu 20, Kuala Selangor dan merupakan anak watan kebanggaan penduduk di kawasan tersebut.
Kisah kejayaan Abdul Khalid boleh diumpamakan seperti sebuah cerita klasik rakyat yang mana daripada seorang anak kampung biasa beliau meningkat naik menjadi pemimpin terkemuka dunia korporat.
Dalam dunia korporat sama ada di arena nasional mahupun antarabangsa, nama Abdul Khalid bukanlah asing lagi bagi mereka.
Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid adalah Pengerusi Dana Amanah Millenia Berhad dan Ahli Lembaga Pengarah Sirim Berhad.
Beliau juga dilantik sebagai penasihat Bank Pembangunan Islam (IDB), Jeddah.
Selain itu, Abdul Khalid adalah Ahli Lembaga, Institut Penyelidikan Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Ahli Kehormat Majlis Penasihat Perniagaan Persidangan Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Bekas guru dan pensyarah di beberapa institusi pengajian tinggi (IPT) termasuk Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu pernah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dari tahun 1979 hingga 1994 dan Ketua Pegawai Eksekutif di Kumpulan Guthrie Berhad (1995-2003).
Sejarah politik
Abdul Khalid menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada tahun 2006 dan dilantik sebagai Bendahari Agung dan kemudiannya Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor.
Pada tahun 2007, Abdul Khalid dipilih sebulat suara oleh ahli-ahli parti di Bahagian Kuala Selangor sebagai Ketua Bahagian.
Abdul Khalid kemuncaknya dilantik menjadi Menteri Besar Selangor dan secara rasminya mengangkat sumpah bermula 13 Mac 2008 di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.
Abdul Khalid merupakan orang pertama yang bukannya mewakili parti komponen Barisan Nasional (BN) dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.
Semua 13 Menteri Besar sebelum ini mewakili UMNO.
Ekoran pengalamannya dalam dunia korporat, Abdul Khalid memahami bagaimana cara untuk mentadbir sebuah kerajaan negeri dan memajukan ekonomi negeri.
Sepanjang dilantik sebagai Menteri Besar, pelbagai program untuk kesejahteraan rakyat Selangor dilakukan Abdul Khalid.
Antaranya adalah bekalan air percuma untuk rakyat Selangor, saguhati RM1,500 untuk anak Selangor yang ditawarkan ke IPTA, program merakyatkan ekonomi Selangor.
Selain itu, beliau turut memperkenalkan skim takaful kafilah, memperkasakan ekonomi melalui penambahan pelaburan asing ke dalam negeri Selangor dan meningkatkan pendapatan anak- anak syarikat kerajaan negeri.
Abdul Khalid juga melaksanakan program membasmi kemiskinan, memberikan elaun untuk ibu tunggal, program meningkatkan pendapatan belia dan meningkatkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA).
Abdul Khalid turut memperkasakan sistem pendidikan keagamaan melalui langkah memperkenalkan Sekolah Menengah Agama Teknik dan Vokesional.
Abdul Khalid dalam kenyataan media terakhirnya sebagai Menteri Besar memberitahu, menerusi dasar berjimat cermat dan perbelanjaan berhemah, rizab simpanan negeri Selangor meningkat kepada RM3.3 bilion.
Kegemilangan pentadbiran Abdul Khalid membuktikan Selangor meneruskan tradisi sebagai pemangkin ekonomi negara dengan menyumbang lebih kurang 24 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara di samping kekal menjadi antara destinasi pelaburan terunggul Malaysia.
Mangsa politik
Cukup besar sumbangan Abdul Khalid di negeri Selangor, namun apakah daya disebabkan oleh faktor politik beliau disingkirkan.
Wajarkah sumbangan Abdul Khalid di negeri Selangor dilupakan begitu sahaja? Apa pembaharuan yang dilakukan Menteri Besar ketika ini, Datuk Seri Azmin Ali?
Boleh dikatakan, Azmin hanya meneruskan sahaja apa yang dilakukan oleh Abdul Khalid.
Namun realitinya, tanggungjawab besar itu seperti tidak tertanggung Azmin kerana ketiadaan kepakaran dan pemikiran seperti Abdul Khalid.
Kini akibatnya mula dirasai, pelbagai isu dan permasalahan wujud dalam pentadbiran Azmin. Adakah ia berlaku kerana Azmin tidak mencontohi corak pentadbiran yang diamalkan oleh Abdul Khalid?
Pemimpin Pakatan Harapan di Selangor termasuklah Azmin selama ini begitu hebat bercakap soal integriti.
Apabila ada sahaja isu yang kononnya didakwa dilakukan oleh pemimpin-pemimpin BN, mereka sepantas kilat akan menyerang habis-habisan.
Segala platform akan digunakan bagi mempengaruhi rakyat mempercayai dakyah mereka.
Sekarang, kita ambil contoh terkini iaitu isu penjualan tanah di Ijok. Terlalu banyak persoalan yang masih tidak dijawab oleh kerajaan negeri.
Azmin pula terus berdolak-dalik dengan membiarkan sahaja pemimpin lain menjawab soalan yang seharusnya dijawab olehnya.
Tetapi kenyataan yang mereka berikan bukannya menjawab persoalan sebaliknya menimbulkan lebih banyak kekeliruan dan rakyat semakin lama semakin membuka mata terhadap kelemahan kerajaan negeri.
Azmin seharusnya menjadi pemimpin negeri yang bertanggungjawab, berani dan matang dalam apa jua isu namun semuanya tidak berlaku. Mungkin juga tidak akan berlaku.
Siapa MB baharu?
Itu perbezaan besar antara kepimpinan Abdul Khalid dan Azmin. Persoalan siapa yang akan memimpin Selangor selepas ini masih menjadi teka teki.
Adakah masih Azmin, pemimpin Pakatan Harapan yang lain, tokoh tertinggi Pas atau kerusi dipulangkan semula kepada BN untuk mencorak dan menebus kembali apa sahaja kesalahan yang dilakukan sehingga dihukum rakyat pada 2008?
Apakah Selangor selepas PRU nanti akan mempunyai pemimpin bijak mengatur kewangan negeri seperti Abdul Khalid atau berterusan dihimpit skandal yang menjadi perhatian media?
Rakyat melihat dan menilai. Keputusan akan diberi dan diketahui sebaik sahaja tamat masa membuang undi pada PRU nanti.
* Wan Syamsul Amly merupakan wartawan penyiaran kanan di Astro AWANI dan lulusan Pusat Pengajian Perang Saraf Media dan Informasi (CMIWS) UiTM.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Wan Syamsul Amly
Fri Mar 02 2018
Azmin gagal buang bayang Abdul Khalid di Selangor? - Gambar fail
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.