Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali digesa untuk mengingati kembali kenyataannya yang mahu bekerjasama dengan Kerajaan Pusat dalam projek pembangunan rakyat negeri Selangor.
Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata Azmin perlu membuktikan janjinya sebelum ini untuk melaksanakan beberapa projek kerajaan negeri terdahulu yang tertangguh akibat pertukaran pentadbiran selepas dua kali Pilihan Raya Umum (PRU) yang lepas.
"Kita ada beberapa projek pembangunan untuk rakyat, namun tidak dapat dimulakan kerana pertukaran kerajaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Noh mengulas beberapa kelewatan projek pembangunan kerajaan Pusat di Selangor yang dikatakan tertangguh kerana tidak mendapat kerjasama Azmin.
"Saya ambil contoh projek MARA iaitu pembinaan kampus UniKL Malaysian Institute Aviation Technology (MIAT) dan bangunan tambahan maktab pegawai PDRM di Kuala Kubu Bharu.
"Antara masalah yang ditimbulkan adalah isu tanah yang masih belum selesai selain tidak dapat digunakan kerana tiada kelulusan sijil layak menduduki (CF)," jelasnya.
Ujarnya, punca penangguhan itu disifatkan kerana kerajaan negeri kini memberi penekanan kepada kepentingan politik semata-mata.
"Akhirnya kepentingan rakyat diabaikan dan projek-projek untuk rakyat negeri dilupakan sama sekali.
"Kenapa Azmin lupakan rakyat negerinya sendiri dalam isu pembangunan? Ini fokus yang harus diutamakan. Azmin kena faham tanggungjawab Kerajaan Pusat untuk bangunkan Selangor tidak boleh dipertikaikan," katanya.
Dalam perkembangan berlainan, Noh melihat masih bukan satu keperluan untuk menggantikan tempat ketua pembangkang Selangor yang dilepaskan ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias.
"Kita terima surat daripada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mengenai menamakan Ketua Pembangkang dan sudah membalasnya.
"Kita juga belum bincang siapa penggantinya lagi," jelasnya.
Shamsuddin meletakkan jawatan sebagai ketua pembangkang kerana enggan menerima pelantikannya sebagai pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) Selangor seperti yang diluluskan pada persidangan DUN.
Astro Awani
Wed Jan 14 2015
NOH: Azmin, mana janji mahu kerjasama dengan Kerajaan Pusat? - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PRN: Azmin yakin PN bentuk Kerajaan Negeri Selangor malam ini
Keyakinan tersebut bersandarkan kepada sokongan para pengundi yang dilihat sepanjang 14 hari kempen termasuk 'Grand Finale' malam tadi.
Kedudukan MB Selangor bergantung kepada Azmin - Penganalisis politik
Kedudukan jawatan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari bergantung kepada sejauh mana kekuatan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali untuk menyaingi kem-kem lain yang wujud di dalam arti itu sendiri.
Video Intim: Polis sahkan terima laporan Haziq
Video Intim: Polis Sahkan terima laporan Muhammad Haziq
Kabinet bayangan pembangkang diputuskan selepas mesyuarat Pakatan - Azmin
Penubuhan kabinet bayangan Pakatan Pembangkang hanya akan diputuskan selepas mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan itu dalam tempoh terdekat ini.
Bajet: S'gor cadang tambah 50 peratus peruntukan pembangunan
Kerajaan Selangor bercadang menambah hampir 50 peratus peruntukan perbelanjaan pembangunan di negeri itu dalam rangka Bajet 2015 yang akan dibentangkan bulan depan.
Azwan Ali: Abang saya layak jadi MB
Selebriti Azwan Ali percaya abangnya Azmin Ali yang merupakan Ahli Parlimen Gombak dan Ahli Dewan undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa layak menjadi Menteri Besar Selangor.
Ummi Hafilda tawar diri lawan Azmin
Ummi Hafilda Ali menawarkan diri untuk bertanding menentang abangnya Azmin yang juga Timbalan PKR pada PRU13 ini.