Badak berlanggar trak di jalan raya

Sinar Harian
Oktober 12, 2022 01:45 MYT
Seekor badak berlanggar dengan sebuh trak di sebuah jalan raya di Assam baru-baru ini. - Foto Twiiter/Himanta Biswa Sarma
NEW DELHI: Satu rakaman video menunjukkan seekor badak berlanggar dengan sebuah trak di sebuah jalan raya di India baru-baru ini.
Perlanggaran itu menyebabkan haiwan itu terpinga-pinga namun ia tidak menyebabkan kecederaan.
Video itu menunjukkan badak tersebut melanggar bahagian tepi kenderaan itu yang sedang bergerak.
Perlanggaran itu menyebabkan haiwan tersebut terjatuh ketika trak itu cuba melencong keluar dari laluannya.
Selepas tergelincir di atas jalan raya, badak tersebut bangun semula dan berjaya kembali ke kawasan hutan di sekelilingnya dengan selamat.
Badak itu pada mulanya bergerak ke arah trak tersebut dan melanggar bahagian kiri kenderaan tersebut.
Insiden itu berlaku di kawasan Taman Negara Kazirangar, Assam.

Rhinos are our special friends; well not allow any infringement on their space. In this unfortunate incident at Haldibari the Rhino survived; vehicle intercepted & fined. Meanwhile in our resolve to save animals at Kaziranga were working on a special 32-km elevated corridor. pic.twitter.com/z2aOPKgHsx

— Himanta Biswa Sarma (@himantabiswa) October 9, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rakaman video itu disiarkan di akaun Twitter milik Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma baru-baru ini. - Sinar Harian memetik laporan agensi
#Badak #berlanggar #trak #kemalangan