Satu badan penilai bebas sudah dilantik untuk membuat penilaian keadaan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) yang laporan awalnya dijangka siap minggu depan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) telah diarah untuk melantik badan penilai bebas tersebut bagi menilai semula permukaan lebuh raya itu sama ada ia mematuhi kadar kelicinan yang ditetapkan.
"Badan itu juga akan mengaudit tahap keselamatan berhubung belokan dan permukaan lebuh raya yang mungkin tidak rata.
"Ia juga akan membuat profil jalan sama ada berlaku mendapan yang menyebabkan jalan tidak rata yang boleh mendedahkan bahaya kepada pengguna jalan raya, katanya kepada pemberita pada Konvensyen Antarabangsa Ukur Bahan 2015 di sini hari ini.
Beliau berkata sebaik mendapat laporan awal, langkah mitigasi termasuk menurap semula jalan atau memperbaiki lencongan akan diambil dengan segera.
Fadillah diminta mengulas mengenai keadaan LPT2 yang banyak merekod jumlah kemalangan yang mengorbankan nyawa.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia, LPT2 sejauh 184 kilometer itu dari Jabor, Kemaman ke Gemuruh, Kuala Nerus mencatat 1,989 kes kemalangan dan meragut 85 nyawa sejak beroperasi pada Januari 2011.
Sementara pada Rabu lepas, enam sekeluarga yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Kuantan maut dalam kemalangan di lebuh raya berkenaan dan seorang penunggang motosikal pula maut semalam.
Fadillah menasihatkan pengguna LPT2 supaya berhati-hati dan sentiasa mematuhi arahan dan had kelajuan yang ditetapkan ketika mengguna laluan itu.
"Kalau mengikut segala garis panduan dan tatacara pemanduan berhemah, Insya-Allah semua akan selamat di jalan raya," katanya.
Beliau berkata Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan JKR juga diarahkan supaya menempatkan lebih banyak papan tanda amaran di lokasi berisiko berlaku kemalangan.
"Ini adalah tindakan segera yang diambil bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya berkenaan," kata Fadillah.
Beliau berkata punca kemalangan di kebanyakan lebuh raya dalam negara adalah berpunca daripada kecuaian manusia, kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik dan keadaan jalan yang tidak selamat.
Bernama
Tue Oct 20 2015
Fadillah berkata badan itu juga akan mengaudit tahap keselamatan berhubung belokan dan permukaan lebuh raya yang mungkin tidak rata.
Menteri Luar Mesir ucap takziah kepada Malaysia atas bencana banjir
Menteri Luar Mesir Dr. Badr Abdelatty menyampaikan ucapan takziah kepada Malaysia susulan tragedi banjir yang mengorbankan nyawa dan menyebabkan kemusnahan besar.
Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS berikutan sentimen berhati-hati
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS untuk hari kelima berturut-turut pada Jumaat berikutan sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC)
AWANI Tonight: Batu Puteh RCI: PM dismisses persecution claims against Tun M
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim clarified that the Royal Commission of Inquiry on the Batu Puteh case was not to target Tun Dr. Mahathir Mohamad, noting that the special task force was formed under Datuk Seri Ismail Sabri's administration.
AWANI Tonight: Indonesia’s Prabowo mulls scrapping regional elections to cut costs
Indonesian President Prabowo Subianto suggests doing away with one of the country’s two nationwide elections to cut costs, resembling a model used during the country’s three-decade authoritarian rule.
AWANI Ringkas: Musa Aman bakal TYT Sabah baharu?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Tan Li Pei
Sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588).
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Identiti lelaki yang dikaitkan dalam video intim diketahui bulan depan
Identiti lelaki dalam video intim sejenis yang pernah menggemparkan negara beberapa bulan lalu akan diketahui sebelum hujung tahun ini, kata PDRM