Mesyuarat Agung Tahunan ke-69 Badan Peguam Malaysia yang bermula hari ini, menyaksikan usul pertamanya ditolak apabila ia mengesahkan menerima injunksi yang menghalang Badan itu daripada membincangkan tentang kelakuan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada mesyuarat hari ini.

Pada Jumaat, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad membenarkan injunksi interim ex-parte kepada Muhammad Shafee bagi menghalang Badan Peguam atau presidennya Christopher Leong atau melalui ejen mereka daripada membenarkan usul itu dikemukakan, dibincang atau diluluskan semasa AGM atau membincangkan apa-apa perkara berkaitan kelakuan Muhammad Shafee dalam rayuan oleh Anwar di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan pada 14 Mac 2015 atau mana-mana tarikh lain selepas itu.

Hakim juga membenarkan injunksi interim ex-parte Muhammad Shafee menghalang peguam Tommy Thomas dan bekas Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri V. C. George atau melalui ejen-ejen mereka daripada mengemukakan usul bertajuk "Usul terhadap Shafee Abdullah bertarikh 28 Feb, 2015" atau usul yang serupa pada AGM ke-69 Badan Peguam, pada 14 Mac atau pada mana-mana tarikh lain kemudian.

Badan Peguam Malaysia mencadangkan 12 usul yang akan dikemukakan pada Mesyuarat Agung Tahunannya. Klik sini untuk membaca kesemua usul yang akan dibentangkan.